Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

JICA Bantu APMM Tingkat...

KUALA LUMPUR — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan kepakaran Agensi Kerjasama...

Seorang Wartawan Ditembak Mati...

MEXICO CITY - Seorang wartawan ditembak mati di La Paz, Baja California semalam,...

Vida Rugi RM100K Barang...

IPOH - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila...

Rugi RM400,000 Diperdaya ‘Inspektor...

IPOH: Seorang ahli perniagaan di Taiping mengalami kerugian RM418,200 akibat ditipu sindiket phone...

Guru Mohon Maaf Cuai Pilih Lagu ‘Gereja’

DUNGUN – Isu penyebaran senikata atau lirik lagu yang dipercayai dinyanyikan di gereja kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengal, Hulu Dungun, baru-baru dianggap selesai setelah guru berkenaan memohon maaf atas kesilapan yang jelas tidak disengajakan.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, senikata yang dimuat turun dari Internet tanpa disedari mendoakan kebangkitan gereja bagi membawa perubahan di Malaysia.

Katanya, siasatan mendapati isu senikata itu berlaku kerana kecuaian semasa pemilihan lagu untuk persembahan Bulan Kemerdekaan yang akan diadakan di sekolah berkenaan pada minggu hadapan.

“Semasa latihan nyanyian bersama 24 murid, guru mula menyedari terdapat unsur-unsur mengagungkan Jesus dan berjanji akan menggantikan lirik lagu yang lain untuk latihan,” katanya.

Shafruddin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati guru terbabit bagaimanapun tidak menarik semula lirik itu yang diedarkan menyebabkan ada kalangan murid yang telah membawanya pulang.

“Kesilapan kedua ialah guru tersebut tidak mengambil semula lirik yang telah diberikan dan menjadi punca tersebar meluas di laman sosial,” ujarnya.

Shafruddin berkata demikian selepas bertemu sendiri dengan guru terbabit di Kampung Kuala Jengal hari ini bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu yang tular di laman sosial.


Tambah Shafruddin, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak kementerian untuk tindakan selanjutnya dan berharap agar perkara tersebut tidak lagi disensasikan bagi menjaga keharmonian semua pihak.

Sementara itu, guru terbabit, Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38, ketika ditemui memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini atas kecuaiannya.

Dia yang sudah lapan tahun bertugas di sekolah itu tidak menyangka lirik lagu berkenaan mengandungi unsur memuji agama Kristian.

“Memang kesilapan saya tidak meneliti lirik lagu itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan saya harap semua ibu bapa,  pelajar, guru dan seluruh rakyat Malaysia memaafkan saya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Kategori