Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiangong-1 Kembali Dan Jatuh...

STESEN angkasa China dijangka akan kembali ke bumi pada Isnin, dengan tiada siapa...

BN Rampas Kembali Semenyih

HULU LANGAT - Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-PAS berjaya merampas kerusi Dewan...

CEP Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa...

Jose Mourinho Bakal Jadi...

JOSE Mourinho dikatakan akan menjadi pengurus terbaru pasukan bola sepak Manchester United di...

Guru Pelatih Maut Dalam Kemalangan, Empat Lagi Cedera

SARIKEI – Seorang guru pelatih maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan apabila dua kenderaan bertembung dalam kemalangan jalan raya Bukit Sebangkoi dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa Danial Tong Jia Yong, 20, yang memandu sebuah kereta Perodua MyVi bersama seorang rakannya, dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Alexson Naga Chabu berkata, kawasan kejadian merupakan jalan berselekoh, menuruni bukit dan ketika kejadian dilaporkan dalam keadaan basah dan licin.

“Ketika tiba di kawasan​​​ tersebut kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta Proton Gen2 yang datang dari arah Beladin ke Sarikei, sebelum terbabas di bahu jalan,” katanya.

Alexson berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat menakala rakan mangsa yang juga seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan.

Menurutnya, tiga lagi yang cedera merupakan pemandu Proton Gen2 berusia 35 tahun yang patah tulang rusuknya, penumpang kereta itu, wanita 33 tahun, patah di bahagian betis dan kanak-kanak berusia tujuh tahun yang tidak dinyatakan kecederaannya.


Kesemua mereka berasal dari Kampung Hulu Beladin dan kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kahar berkata, pasukan bomba dan penyelamat telah mengguna peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya. – BERNAMA

Kategori