Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bas Mahkamah Bergerak Bersidang...

PUTRAJAYA - Gambar bas yang viral baru-baru ini merupakan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak...

Politikus India Kantoi Berlakon...

NEW DELHI – Tindakan seorang ahli politik parti pemerintah India yang mahu menjadi...

Israel Tahan Mayat Pejuang...

BAITULMAQDIS - Israel menemui mayat lima rakyat Palestin dalam sebuah terowong di sempadan...

Elfira Loy Sembunyi Pertunangan...

PELAKON Elfira Loy menjelaskan dia tidak menghebahkan majlis pertunangannya dengan jejaka bernama Faris...

Haramkan Jualan Arak – CAP

GEORGETOWN – Henti dan haramkan segera jualan arak yang menjadi punca kematian 19 individu akibat keracunan alkohol di lembah Klang.

Itu saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang meminta kerajaan mengharamkan serta merta jenama minuman keras terbabit daripada terus dijual.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, walaupun masih dalam peringkat siasatan, CAP menggesa kerajaan menghentikan segera penjualan arak jenama terbabit dan jangan mendengar sebarang alasan daripada pembekal kerana kejadian ini membabitkan kematian individu yang ramai.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengambilan alkohol lebih banyak memberi keburukan kepada orang ramai dan sehubungan itu pihaknya mencadangkan supaya kedai menjual arak tidak dibenarkan berada dalam radius 500 meter daripada kawasan perumahan, kedai runcit, hospital dan rumah ibadat.

“Kita juga mengesyorkan supaya tempoh kedai menjual arak beroperasi dipendekkan selain tidak membenarkan mereka menyediakan meja serta kerusi di luar premis termasuk kaki lima.

“Selain itu, hukuman penjara mandatori bagi mereka yang menyeludup arak juga perlu dikenakan dan pihak berkuasa sepatutnya melarang penjualan alkohol ini di kawasan bebas cukai,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengetatkan kawalan di pintu masuk supaya arak tidak mudah diseludup masuk ke negara ini selain semua iklan minuman beralkohol diharamkan.


“Kajian kita sejak 40 tahun lalu mendapati pengambilan minuman beralkohol ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan antaranya kesihatan, gejala sosial dan kemalangan.

“Selain itu, individu yang minum arak ini juga dikesan menghabiskan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan ia menyebabkan berlakunya pembaziran,” katanya.

Mohamed berkata, masalah keganasan rumah tangga juga kerap berlaku membabitkan individu yang berada di bawah pengaruh alkohol ini dan disebabkan itu pihaknya mencadangkan penjualan arak dihentikan kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 19 individu maut selepas minum arak mengandungi metanol, manakala 23 lain masih dirawat di hospital termasuk 14 daripadanya kritikal. – BH Online

Kategori