Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Apple Kini Bernilai AS$1...

APPLE menjadi syarikat awam pertama dunia yang dinilai pada AS$1 trilion, selepas sahamnya...

Memang Tiada Babi, Tapi...

WASPADA... Umat Islam dari Malaysia yang berkunjung ke Singapura dinasihatkan agar tidak membeli...

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan...

LONDON : McDonald's Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia,...

Terengganu Beri Bonus RM500...

KUALA TERENGGANU - Seramai 6,230 penjawat awam di Terengganu bakal menerima bonus RM500...

Hasanah Saman SPRM, Kerajaan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid telah memfailkan saman pemula supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan bahawa Seksyen 28A(8) dan (9) Kanun Tatacara Jenayah adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Perlembagaan Persekutuan.

Hasanah telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang, 28 Ogos lalu dan direman selama lima hari memfailkan saman pemula itu melalui firma guaman, Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. pada 30 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu, Hasanah selaku pihak pemohon menyatakan, dia tidak dibenarkan berunding dengan peguambelanya kerana SPRM yang dinamakan sebagai responden pertama telah mengeluarkan satu surat pemberitahuan bahawa hak untuk berunding dengan peguam disekat di bawah Seksyen 28A(8) dan (9).

Walhal undang-undang ada memperuntukkan, selagi rundingan dengan peguam belum sempat dibuat, soal jawab antara SPRM dengan pihak pemohon tidak boleh bermula.

Oleh itu pihak pemohon menyatakan, Seksyen 28A(8) dan (9) adalah peruntukan drastik yang bercanggah dengan Fasal 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan mencabul hak asasinya.

Sehubungan itu, pihak pemohon memohon mendapatkan perlindungan undang-undang dengan segera bagi memastikan dirinya mendapat hak untuk berunding dengan peguam di bawah Fasal 5(3) dan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan.


Pihak pemohon sehubungan itu memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut tidak sah, batal, tiada kesan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadapnya.

Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memberitahu pemberita, Hakim Datuk Azizah Nawawi ketika pengurusan kes buat kali pertama hari ini di kamar hakim menetapkan 24 September ini untuk mendengar permohonan pihak pemohon.

Selain SPRM, Hasanah turut menamakan Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua. Kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Norzilati Izhani Zainal @ Zainul. – UTUSAN ONLINE

Kategori