Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seni Arca Bola Sepak...

UNIK... Seni arca bertemakan Piala Dunia 2018 telah dipertontonkan pada sebuah pameran seni...

Hutang Kerajaan Pada Tahap...

KUALA KANGSAR - Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan...

Tanah Kg. Baru: Jangan...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya...

Video: Kantoi Sudah, Anggota...

RAKAMAN video amatur aksi dua anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meminta 'duit kopi'...

Hishammuddin Beri Keterangan 3 Jam Kepada SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan beri keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Beliau berbuat demikian secara sukarela semalam selepas namanya dibangkitkan peguam Hasanah di Mahkamah Majistret Putrajaya, Sabtu lalu.

Menurut laporan sebuah portal berita, Hishammuddin bertemu dengan SPRM secara sukarela dan memberikan kerjasama penuh tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

“Saya jumpa SPRM dengan sukarela. Mereka amat profesional dan saya percaya mereka akan siasat perkara ini dengan adil dan telus.

“Saya juga akan menyemak dengan SPRM mengenai apa yang dikatakan peguam itu,” katanya yang dipetik daripada laporan itu.


Laporan itu juga menyatakan sumber SPRM mengesahkan perkara berkenaan dan siasatan berjalan selama tiga jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Hasanah sebelum ini direman berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – BH Online

Kategori