Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Terjatuh Lebih...

LARUT : Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika...

Pertemuan 15 ADUN Dengan...

AYER KEROH - Pertemuan antara semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

Formula 1: GP British...

LONDON - Grand Prix (GP) British boleh digugurkan daripada kalendar perlumbaan Formula Satu...

Pengawal Keselamatan Ditemui Lemas...

SANDAKAN: Seorang pengawal keselamatan ditemui lemas dalam satu kejadian di perairan Kampung Semayang,...

Hotel Berjaya Penang Bebas Straw

GEORGE TOWN – Hotel Berjaya Penang mengambil langkah menghentikan penggunaan straw plastik mulai September ini seiring dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaannya berkuatkuasa 1 Jan, 2020.

Penolong Pengurus Makanan dan Minuman Hotel Berjaya Penang, Azrin Osman berkata, langkah ini dilaksanakan sebagai usaha untuk memelihara kehidupan marin dengan menghentikan penggunaan straw plastik.

“Kami teruja untuk secara rasmi menyatakan bahawa 31 Ogos adalah hari terakhir kami menyediakan straw plastik. Mulai 1 Sept kami tidak lagi menyediakan straw kepada tetamu di restoran, bar, di dewan makan dan acara tetapi kami masih sediakan sekiranya diminta,” katanya dalam kenyataan WhatsApp di sini.

Minggu lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan mengumumkan pengharaman penggunaan straw plastik minuman akan dikuatkuasa pada 1 Jan, 2020 kepada peniaga dan pengendali kedai makan, yang memegang lesen, dan bukannya orang ramai. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Straw

Kategori