Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

19 Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 pelajar Malaysia, yang menuntut di Adventist University of...

Periksa Tarikh Luput Produk...

KUALA LUMPUR - Sebelum mengoles gincu atau menyapu pemerah pipi kegemaran anda, berapa...

MPI Tubuh Sekretariat Tetap...

PUTRAJAYA - Majlis Perundingan Islam (MPI) menubuhkan sebuah sekretrariat tetap bagi memperinci kesemua...

2 Polis Cedera Dirempuh...

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan penjenayah yang...

HSR Ditangguhkan Sehingga Mei 2020

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020.

Surat Sampingan tersebut ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean.

Menurut Mohamed Azmin, menerusi persetujuan dicapai, Malaysia akan membayar kos penangguhan kepada Singapura sebanyak Dollar Singapura 15 juta (RM45.1 juta) sebelum Januari tahun hadapan.

ā€œSaya tidak hendak mengulas mengenai kos pembatalan projek (sekiranya tidak diteruskan selepas Mei 2020) kerana komitmen kita adalah untuk meneruskan projek,ā€ katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori