Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PBNJ Beri Sumbangan RM100,000...

KUALA LUMPUR - Kesengsaraan dialami sebahagian penduduk pantai timur akibat banjir besar yang...

Perbicaraan Kes Saman Penulis...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman seorang penulis novel terhadap pelakon dan pengarah...

JAS Masih Siasat Punca...

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih menyiasat air sungai di Nilai,...

PM 8 Kena Jaga...

Dari Facebook DrPuad ZarkashiINI satu lagi ungkapan menarik daripada PM 8 masa temubual...

Hukuman Sebat Syariah Lebih Ringan

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan hukuman sebat mengikut syariah terhadap pasangan lesbian di Terengganu baru-baru ini adalah lebih ringan berbanding hukuman sebat dilakukan guru disiplin di sekolah, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menegaskan bahawa hukuman sebat mengikut syariah hanya bertujuan mendidik masyarakat tanpa mencederakan pesalah, beliau berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dan dianggap negatif.

“Saya tidak pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini tahu atau tidak bagaimana hukuman sebat itu dijalankan. Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang tepat, baca dengan mata hati kaedah hukuman sebat dijalankan kerana realitinya ia tidak teruk seperti digambarkan.

“Malah saya sendiri berbual dengan mereka yang hadir dan menyaksikan sendiri hukuman sebat itu di depan mata dan mereka katakan ia lebih ringan berbanding hukuman sebat di sekolah. Jangan samakan sebat syariah dengan sebat sivil kerana ia jauh berbezaā€¦beratus kali beza dengan sebatan mahkamah sivil,” katanya mengulas kritikan beberapa pihak berhubung hukuman itu.

Pada 3 Sept lepas, pasangan lesbian berumur 22 dan 32 tahun itu dihukum sebat enam kali selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu, selain didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata hukuman sebat di Terengganu bukanlah pertama kali dilaksanakan kerana Pahang, Kelantan dan Sabah pernah melaksanakannya sebelum ini.


“Hukuman dilaksanakan agensi kerajaan pusat, Jabatan Penjara… ada tatacaranya bukan secara hentam keromo sahaja.

“Hukuman yang berlaku dalam tempoh lima minit pada hari tersebut telah menghantar satu perasaan takut, menimbulkan kegerunan ke hati masyarakat seluruh dunia bahawa mereka tidak boleh melakukan perkara songsang ini. Kita juga berdoa agar budaya ini tidak wujud lagi di Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Kategori