Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Hutan California Cetus...

PARADISE - Kebakaran hutan dahsyat di California menyebabkan sesetengah komuniti diselubungi kabus hitam,...

Meghan Terpaksa Tangguh Hamil

SEJAK bergelar suami isteri tiga bulan lalu, Meghan Markle dan Putara Harry memberi...

Banjir: Puteri UMNO Gerakkan...

ALOR GAJAH - Kira-kira 100 anggota Skuad Puteri Prihatin yang merupakan sayap sukarelawan...

APM Sedia Tawar Anggota...

ARAU - Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bersedia untuk menawarkan anggota sukarelanya bagi membantu...

India Didakwa Mahu Hapus Warga Islam di Assam

KERAJAAN India yang semakin jelas sikap menyebelahi ekstremis Hindu kini sudah menahan sekitar 1,000 orang Islam dari negeri Assam di kem tahanan selepas diisytiharkan bukan warga negara.

Negeri di timur laut India itu menggunakan skrip yang sama dengan yang digunakan oleh Myanmar untuk menjadikan orang Islam Rohingya sebagai penduduk haram.

Ramai yang dihantar ke kem tahanan kehilangan mata pencarian, mengalami kemerosotan kesihatan dan trauma yang sukar pulih.

Ada yang ditahan dan kemudian dibebaskan atas sebab-sebab seperti menjaga ahli keluarga yang sakit.

Mereka dihantar ke kem tahanan selepas diisytiharkan sebagai pendatang haram kerana tidak memiliki dokumem yang cukup untuk membuktikan kewarganegaraan.

Akibatnya, mereka dituduh masuk secara haram dari negara jiran, Bangladesh, oleh mahkamah khas yang ditugaskan untuk tujuan itu.

Mahkamah khas yang diwujudkan sejak 1985 ini telah mendengar 85,000 kes orang yang disyaki pendatang asing oleh polis sempadan India.

Sebanyak sekurang-kurangnya 1,000 kes sudah diputuskan, dan mereka ini dihantar ke kem tahanan di seluruh Assam.

Maklumat tentang status kes selebihnya masih belum didedahkan oleh kerajaan.

Pendatang asing dari Bangladesh ke wilayah timur laut India itu merupakan satu masalah yang serius.

Dianggarkan seramai 4 hingga 10 juta, dan mereka menumpu di 15 daripada 33 daerah di Assam dan kebanyakan terlibat dalam pertanian.

Ada yang dilahirkan di India oleh ibu bapa yang datang dari Bangladesh tetapi mahkamah memutuskan mereka sebagai mempunyai status kewarganegaraan diragui.


Status ini bermakna mereka ini tidak mempunyai dokumen yang cukup untuk membuktikan kewarganegaraan.

Tetapi ada juga yang dapat membuktikan kerakyatan, tetapi anak mereka pula dilabel pendatang haram.

Kes ini boleh dicabar di mahkamah tetapi ramai penduduk tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos guaman.

Proses di mahkamah pula memakan masa yang lama, selama berbulan hingga bertahun.

Sepanjang tempoh kes mereka belum mendapat kata putus, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu di Assam.

Menambahkan lagi komplikasi, awal bulan ini, kerajaan India menerbitkan senarai nama warga Assam yang sah, dan lebih 4 juta orang tidak tersenarai.

Ini menyukarkan lagi keadaan kerana kerajaan masih tidak menjelaskan sama ada dua proses ini bertindan.

Tindakan kerajaan India ini telah mencetuskan kebimbangan sama sama ada ia sebahagian usaha pembersihan etnik, yang turut berkait dengan usaha mengurangkan populasi orang Islam menjelang pilihan raya.

Dalam tempoh jangka panjang, ini bakal meningkatkan lagi ketegangan dan diskriminasi serta dasar zalim terhadap orang Islam, selepas apa yang berlaku di Myanmar. – BBC/Mynewshub.tv

Kategori