Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tetap Guna Vaksin...

PUTRAJAYA - Kerajaan membuat keputusan untuk terus menggunakan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca berikutan...

Mayat Lelaki Lemas Di...

TAWAU - Lelaki yang dipercayai lemas ketika berenang menyeberangi Sungai Brantian di Kampung...

KSN Nafi Akan Berlaku...

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar menafikan akan...

Tak Mustahil Esok Ada...

KUALA LUMPUR - Tidak mustahil sokongan terhadap Pakatan Harapan berkurangan menjelang majlis angkat...

Ini Diri Saya – Nazim Othman

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazim Othman, 34, tidak melatah apabila diselar netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang pada pandangan mereka dilihat semakin feminin.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman berkata, dia tidak terkesan dengan pelbagai komen negatif dilemparkan, malah meneruskan hidup seperti biasa kerana imej ditonjolkan itu adalah dirinya yang sebenar.

“Tolak ketepi semua itu. Inilah saya. Tidak kira bagaimana saya dilihat, saya sudah pergi jauh. Saya bangga dengan diri saya,” tulisnya dalam satu catatan di Instagram.

Menerusi muat naik yang sama, Nazim memaklumkan, dia sering ditegur kerana dikatakan kelihatan seperti wanita, dituduh gay, selain bersolek lebih tebal daripada perempuan, namun semua pandangan itu tidak diendahkan.

Nazim yang menulis kenyataan itu menerusi perkongsian video memaparkan aksinya ketika menjalani sesi fotografi untuk sebuah penerbitan digital bagaimanapun akur, isu yang dibangkitkan boleh mencetuskan kontroversi.

“Kadang-kadang, sepanjang perjalanan (kehidupan), kita akan bertemu dengan orang yang baik. Hanya orang yang baik akan mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk rakan mereka. Terima kasih @kinggolddigga_ untuk video ini. Anda seorang yang hebat!” tulisnya.

Kebelakangan ini, imej Nazim sering menjadi bualan netizen yang menganggap dia semakin berubah. Malah, wajahnya yang disolek bagi tujuan penggambaran juga menjadi persoalan dan pertikaian kerana membuatkan dia dilihat lebih feminin.


Dalam satu entri lain, pelakon drama Lara Aishah dan Monalisa yang turut mencipta nama dalam bidang seni suara dikritik peminat yang menganggap dia tidak layak untuk menjadi penyanyi.

Namun, katanya dalam satu komen, kritikan tidak sesekali membuatkan dia berhenti daripada melakukan apa yang dimahukan.

ā€œTidak semua orang mempunyai bakat, tetapi mereka bukan memberikan dorongan supaya kita memperbaiki diri, sebaliknya mahu melihat kita jatuh dan berhenti.

ā€œJangan sakit hati! Saya berdoa mereka bahagia dengan kehidupan sendiri dan berjaya pada masa depan,ā€ katanya. – BH Online

Kategori