Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RGBI Sahkan Pengarah Urusannya...

KUALA LUMPUR: RGB International Bhd (RGBI) iaitu syarikat yang dikaitkan membiayai kempen pilihan...

Telefon Hitler Dijual RM1...

TELEFON yang menjadi rebutan ramai kerana dikatakan digunakan oleh Adolf Hitler dan dijual...

PKR Minta Pakatan Terima...

KUALA LUMPUR - Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pakatan Harapan yang...

Pegawai Kesihatan Persekitaran Dipenjara...

BUTTERWORTH - Seorang pegawai kesihatan persekitaran dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah...

Isa Cabar Anwar Di PRK Port Dickson

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ketika dihubungi NSTP hari ini, beliau yang juga bekas Pengerusi FELDA berkata, keputusan tersebut dibuat susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam PRK pada 13 Oktober itu.

“Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat mungkin esok berhubung keputusan bertanding sebagai calon Bebas. Maaf, itu saja kenyataan buat masa sekarang. Esok saya akan umumkan secara rasmi,” katanya.

Mohd. Isa merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1982 sehingga 2004 dan pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.

Kerusi P132 Port Dickson kosong selepas Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presiden baharu parti tersebut perlu bertanding dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Danyal menang dengan majoriti 17,710 menewaskan calon BN, Datuk VS Mogan dan calon PAS, Mahfuz Roslan. – BH Online

Kategori