Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Pengundian PRK Balakong,...

BALAKONG - Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi Pilihan Raya Kecil...

PTPTN Serah Waran TPP...

LARUT - Waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

Sepakat Mahu Moratorium Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada bersetuju mengenai cadangan...

Chacha Enggan Turun Dari...

TOKYO - Seekor chimpanzee yang terlepas dari sebuah zoo di utara Jepun, berusaha...

Isteri Muda Peraih Mungkin Kembali Bersekolah

KOTA BHARU – Isteri ketiga peraih getah berusia 11 tahun yang juga warga Thai, kemungkinan menyambung pembelajarannya di sekolah di negara asalnya selepas tamat tempoh tiga bulan pengawasan pihak berkuasa terhadapnya.

Peraih getah berusia 41 tahun itu, berkata isteri mudanya kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand selama tiga bulan dan selepas itu akan menyambung pembelajaran di sekolah di negara asalnya itu.

“Saya dimaklum oleh ibu mentua saya melalui perbualan telefon baru-baru ini bahawa isteri saya itu sekarang berada dalam jagaan kementerian berkenaan untuk tempoh percubaan selama tiga bulan bermula bulan lalu.

“Besar kemungkinan isteri saya akan kembali ke sekolah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan oleh ibu mertua saya kemudian,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Peraih getah itu berkata, dia menerima apa saja keputusan yang dibuat demi kebaikan isteri mudanya itu.

“Walaupun saya sudah lama tidak berjumpa dengannya, perasaan rindu ini sentiasa ada. Saya hanya mampu berdoa agar dia selamat dan sentiasa dilindungi Allah,” kata bapa kepada enam anak itu.

Isu perkahwinan peraih getah bersama pasangan yang 30 tahun lebih muda darinya menimbulkan kontroversi apabila isteri kedua lelaki itu memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook miliknya pada Jun lalu.


Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor dekat Mundok, Thailand pada 18 Jun lalu.Ditanya mengenai keputusan kerajaan negeri Selangor menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun, peraih getah itu berkata ia terpulang kepada negeri berkenaan.

“Saya sokong jika Selangor mengambil keputusan demikian untuk kebaikan rakyat negeri itu. Saya tidak dapat menghalang jika Kerajaan Kelantan ingin ikut jejak yang sama,” katanya.

Baru-baru ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di negeri itu dengan menaikkan had kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sebelum ini.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda memandang serius kes seperti perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia yang terlalu muda kerana bimbang tentang risiko kemudaratan masa depan pasangan berkenaan dan kesannya kepada masyarakat kelak. – BH Online

Kategori