Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Kecoh ‘Cahaya Misteri’...

Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan...

Rayu Campur Tangan Kerajaan...

Masjid Tanah : Pembeli unit kediaman di Taman Seri Aman Lagenda, di sini,...

Najib ‘Dominasi’ Taklimat Khas...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendominasi Taklimat Khas...

Video: Giliran Pengadil Kena...

KEBIASAANNYA pengadil yang akan melayangkan kad merah sekiranya berlaku kesalahan di antara pemain dalam...

Isu SST Untuk Kad Prabayar Dalam Perhatian KKMM

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil maklum berhubung aduan pengguna berkaitan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bimbit, kata menterinya Gobind Singh Deo.

“Buat isu SST untuk ‘prepaid’ (prabayar), perkara ini dalam perhatian KKMM. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” kata Gobind menerusi catatan di Twitter rasmi beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab aduan seorang pengguna Twitter yang menyuarakan masalah tersebut di laman media sosial itu.

Pelaksanaan SST yang bermula hari ini menyaksikan segelintir pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila nilai akhir kad tambah prabayar telefon bimbit yang dibeli mereka telah dipotong dengan sejumlah amaun berikutan SST.

Perkhidmatan prabayar tersebut dikenakan caj enam peratus yang tertakluk di bawah SST. – BERNAMA

Kategori