Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Hebat PM Mampu Bergaya...

ELEGAN... Bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana...

Empat Lelaki Aktif Samun...

GEORGE TOWN - Empat lelaki termasuk dua remaja aktif kegiatan samun di Daerah...

ATM Akan Guna Dron,...

KUALA LUMPUR - Penggunaan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) akan digunakan bagi...

EAIC Siasat Tahanan Meninggal...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menjalankan siasatan secara berasingan...

Jabatan Perikanan Tak Pernah Beri Lesen Laut Dalam Kepada Warga Asing

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan (DOF) tidak pernah mengeluarkan lesen laut dalam untuk diberikan, disewa atau dipajak kepada warga asing, kata Ketua Pengarahnya Datuk Munir Mohd Nawi.

“Lesen yang dikeluarkan oleh DOF adalah kepada pengusaha tempatan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Munir berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan laporan media semalam bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memansuhkan sepenuhnya pemberian lesen bot laut dalam kepada nelayan asing bagi menjaga kepentingan nelayan tempatan dan membanteras pencerobohan nelayan asing.

Selain itu, katanya bermula September tahun lepas, DOF juga tidak lagi mengeluarkan permit laut dalam untuk bot terpakai yang dibeli dari luar negara.

“DOF akan meneruskan program pemantauan dan pemutihan vesel laut dalam bagi memastikan bot yang diberikan lesen mematuhi undang-undang, syarat dan dasar pelesenan yang ditetapkan, dan diberikan kepada pengusaha perikanan yang benar-benar sah,” katanya. – BERNAMA

Kategori