Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian...

DUNGUN: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun,...

60 Peratus Peluang Kemasukan...

PUTRAJAYA - Pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai sesi kemasukan 2019...

Rusia Bantah Usaha AS...

MOSCOW - Selepas dua sekutunya sendiri, Britain dan Perancis tidak bersetuju tindakan Amerika...

Pinda Laporan 1MDB: Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan dalam kes pindaan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development...

JAIP Setuju Hukuman Sebat

PEKAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam terhadap pasangan lesbian di negeri itu yang masing-masing berusia 22 dan 32 tahun.

Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, hukuman sedemikian wajar dilakukan dan perlu berlandaskan Islam.

“Kita menyokong sebab ia melambangkan keindahan Islam.

“Di peringkat negeri ini, masih belum diputuskan lagi. Kita akan melihat perkara (hukuman) itu,” katanya selepas merasmikan Kembara Merdeka Hijrah 2018 di perkarangan JAIP di sini hari ini.

Semalam, pasangan lesbian masing-masing berumur 22 dan 32 tahun tersebut disebat sebanyak enam kali setiap seorang selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di negeri itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam Dewan 2 mahkamah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori