Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dirasuk Jin, Lelaki Sembelih...

SEORANG lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal. Lelaki...

Pos Malaysia Lancarkan Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan siri setem...

Petronas Kurang Pengeluaran Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd. Ghani berkata rancangan Petroliam...

Kerja-Kerja Pemeliharaan Takhta Rencana...

KUALA PILAH - Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan...

Jaket Han Solo Gagal Dijual

LONDON – Jaket yang dipakai oleh aktor Harrison Ford sebagai Han Solo dalam filem Star Wars ‘Empire Strikes Back’ gagal dijual dalam lelongan memorabilia filem di sini, semalam.

Jaket biru-kelabu itu ditemui di sebuah syarikat kostum dan adalah satu-satunya kostum daripada tiga filem asal Star Wars yang dilelong untuk awam.

Barangan itu sebelum dijual dianggarkan boleh mencapai nilai jualan sehingga AS$1.33 juta (RM5.49 juta) tetapi selepas lelongan ia hanya mencapai RM2.42 juta.

“Jaket Han Solo tidak memenuhi jangkaan tetapi kami sudah menerima pertanyaan mengenainya selepas lelongan,” kata penganjur jualan, Prop Store yang berpejabat di sini dan Los Angeles, dalam satu kenyataan.

Pengumpul memorabilia berpeluang membeli peralatan dan kostum filem dalam filem lain termasuk ‘Indiana Jones’, ‘Forrest Gump’ dan ‘Back to the Future II.’

Prop Store meletakkan lebih 600 lot membabitkan memorabilia daripada 150 filem dan televisyen untuk jualan. – Reuters

Kategori