Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda...

2 Rakyat Malaysia Cedera...

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom...

Tajuddin Pertahan Wan Norashikin...

PASIR SALAK - Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman...

Jerebu: 8 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara...

Jangan Ragu Kesetiaan Saya Kepada Parti – Azmin

SUNGAI PETANI – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta anggota parti tidak mempertikaikan kesetiaannya kepada parti yang didokongnya selama ini.

Beliau berkata ada pihak tertentu yang membuat dakwaan liar konon dirinya tidak setia kepada parti terutama menjelang pemilihan parti tersebut.

“Jangan ragu kesetiaan saya kepada parti dengan membuat tohmahan bermacam-macam terhadap saya.

“Kononnya saya tidak sanggup kosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan macam-macam lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Semangat Merdeka “Malaysia Baru” di sini, malam ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata PKR perlu jadi parti yang kuat dan pihak-pihak tertentu tidak perlu menjadi “gunting dalam lipatan” untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Azmin berkata beliau sudah lebih 30 tahun berada dalam parti ketika susah dan senang dan tidak sama sekali buat dirinya untuk mengkhianati parti.


Sementara itu, beliau memberi jaminan akan membantu Kedah dalam meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini seperti yang dijanjikannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Berulang kali Tun bertemu saya dan berbincang agar kementerian saya dapat membantu rakyat negeri ini dalam bidang ekonomi,” katanya.

Beliau berkata banyak perancangan yang telah dibincangkan untuk mewujudkan Kedah sebagai sebuah kuasa ekonomi baharu seperti Selangor yang pernah diterajuinya. – BERNAMA

Kategori