Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Maklum Balik Kampung Kepada...

TAIPING - Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun...

Rita Tidak Campur Konflik...

NAMA pelakon, Rita Rudaini menjadi bualan hangat di laman sosial semenjak foto memuat...

Tiada Keperluan Kelantan Diisytihar...

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menegaskan...

Polis Labuan Berikrar Hapuskan...

LABUAN - Polis Labuan berikrar untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi memerangi...

JAPEN Sasar 6,000 Mahasiswa Sertai Program “Apa Kata Anak Malaysia”

KOTA BHARU – Jabatan Penerangan (Japen) menjangkakan “Program Apa Kata Anak Malaysia” yang diadakan tahun ini mampu mengumpulkan kira-kira 6,000 mahasiswa universiti awam dan swasta di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Sukari Ab Hamid berkata bagi tempoh 2015 hingga 2017, sebanyak 32 program seumpama itu berjaya dilaksanakan melibatkan lebih 22,500 peserta.

“Dahulunya program ini dikenali sebagai “Apa Kata Gen Y” dan kajian pada 2016 yang dijalankan ketika itu mendapati ianya amat berkesan.

“Daripada 8,000 responden di 11 negeri mendapati 97 peratus bersetuju program ini dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan mahasiswa dan mahasisiwi,” katanya kepada pemberita selepas Program Apa Kata Anak Malaysia Peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UMK, Prof Dr Zaliman Sauli dan Pemangku Pengarah Japen Kelantan Azhar Ismail.

Mengulas lanjut, Mohd Sukari berkata melalui program itu, Japen dapat bekerjasama dengan universiti awam dan swasta sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa untuk memberi pandangan, cadangan, aspirasi dan harapan mereka ke arah bersama-sama membina negara yang bersatu padu, aman makmur serta rakyat yang mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi.


“Pendekatan yang digunakan dalam program ini adalah dalam bentuk forum di mana peserta diberi tajuk khusus untuk dihayati dan dikupas serta dipersembahkan kepada penonton secara bersemuka.

“Sebelum ini ramai golongan lebih banyak berkomunikasi secara di dalam talian arau media sosial sahaja tetapi kali ini kita menyediakan platform kepada mereka untuj berinteraksi secara langsung,” katanya. – BERNAMA

Kategori