WASHINGTON – Sebuah jet pejuang yang dilaporkan bernilai AS$100 juta (RM400 juta) terhempas di Carolina Selatan, hari ini.
Pesawat jenis F-35B itu yang pertama kali menjalankan operasi pertempuran di Afghanistan itu disebut program terbesar dan paling mahal di dunia.
Menurut kenyataan Angkatan Tentera Marin AS, juruterbang jet berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada laporan kes maut.
Tambahnya, satu siasatan terhadap punca kemalangan sedang dilakukan.
Laporan Channel NewsAsia menyebut, jualan global dianggarkan lebih 3,000 pesawat dan program ini dijangka berterusan selama 30 sehingga 40 tahun.
Namun, program terbabit dikritik kerana kos dan keberkesanan pertempurannya.
Khamis lalu, AS melancarkan operasi pertama menggunakan F-35B menentang Taliban di Afghanistan, empat bulan selepas tentera Israel umum sudah menggunakan pesawat untuk dua serangan berasingan.
Presiden Donald Trump memuji F-35 apabila menyebut musuh tidak dapat melihatnya dan dilaporkan boleh mengelak dikesan radar. – Agensi