Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Sahabat Dipenjara 12...

KUALA LUMPUR - "Kalau marah sangat sekalipun janganlah kita mengambil nyawa orang, nyawa...

Gambar: Wanita Bangga Kongsi...

BERTELANJANG bulat mungkin bukan sesuatu yang memalukan buat seorang wanita yang menetap di negara...

Muruku Tetap Jadi Kuih...

GEORGE TOWN – Kuih tradisional masyarakat India, muruku, bukan sahaja menjadi kudapan kegemaran...

Malindo Air Berhasrat Lancar...

MALINDO Air Malaysia berhasrat untuk melancarkan penerbangan ke ibu negara Nepal, Kathmandu mulai...

Johor Destinasi Pilihan Promosi Produk Pelancongan

JOHOR BAHRU – Johor terus menjadi pilihan destinasi luar untuk mempromosi produk pelancongan mereka kepada penduduk di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Liow Cai Tung.

Katanya, ia sekaligus dapat mempromosi produk pelancongan negeri ini secara meluas kepada pihak luar.

Tambahnya, ia adalah kerjasama dua hala yang dilihat dapat memberi manfaat terutama untuk menarik pelancong asing datang ke negeri Johor.

“Salah satunya, menerusi perjumpaan delegasi China hari ini untuk mempromosi bandar Haikou, China, ke negeri ini secara tidak langsung juga dapat mempromosi destinasi pelancongan Johor kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan delegasi tersebut di sini petang tadi.

“Apa yang saya lihat, Johor dan bandar Haikou mempunyai banyak persamaan seperti pulaunya, kebudayaan dan produk pelancongan, jadi penting kerjasama ini untuk tarik pelancong,” katanya.

Liow berkata seramai 7,523,580 pelancong dalam dan luar negara melancong ke negeri ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.


“Jumlah itu meningkat seramai 516,141 pelancong berbanding 7,007,439 pelancong bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya dalam perbincangan dengan tiga bandar dari China untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam bidang pelancongan. – BERNAMA

Kategori