Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

COVID-19: Malaysia Rekod 4,774...

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 4,774 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin yang menyaksikan sedikit...

Penyatuan UMNO-PAS Terus Hantui...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa penyatuan UMNO...

Mangsa Rentung Berkelakuan Aneh...

KOTA BAHARU - Mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur...

Aksem Kelantan Rampas Van,...

KOTA BAHARU - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas sebuah van dan mercun...

JPV Kesan 3 Kawasan Baharu Penularan Rabies Di Sarawak

ALOR SETAR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi mencari jalan membendung masalah penularan wabak anjing gila atau rabies di Sarawak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, langkah itu diambil berikutan penemuan wabak berkenaan di Miri, Kapit dan Sibu.

“Sebelum ini kes melibatkan rabies hanya dikesan di sekitar ibu negeri, Kuching namun kini didapati telah menular ke tiga kawasan tersebut.

“Perkara itu sungguh pun terkawal namun agak membimbangkan. Justeru kami sedang mengadakan perbincangan dengan Nadma bagi mendapatkan sumber tambahan untuk mengawal wabak tersebut daripada terus merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan di Alor Setar Mall di sini hari ini.

Setakat ini sebanyak 12 kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak dengan seorang lagi individu kini berada dalam keadaan kritikal.

Sejak Julai lalu, sebanyak 218 sampel yang diambil daripada anjing-anjing di Sarawak dikesan positif rabies dengan pihaknya telah pun membekalkan sebanyak 100,000 vaksin ke negeri itu.


Mengulas lanjut katanya, antara perkara yang mungkin boleh diberi perhatian adalah pemantauan di kawasan sempadan oleh tentera bertugas selain bantuan dari segi logistik.

“Kami hanya cadangkan kepada Nadma dan mereka kemudiannya akan mendapatkan persetujuan kerajaan. Pada masa ini kes rabies di negara jiran berada di paras tinggi jadi kemungkinan untuk wabak itu merebak ke negara ini juga meningkat.

“Namun perkara terpenting yang perlu diberi perhatian adalah sikap prihatin pemilik anjing itu sendiri. Tolong jangan bawa anjing anda ke kawasan yang dijangkiti wabak dan jangan biarkannya bercampur bersama anjing-anjing liar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori