Wednesday, October 23, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: Agong Titah Semua...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Pahang Dan Lions XII...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Pahang, dan kelab dari Singapura, Lions XII, melengkapkan...

Zahid Samakan Keselamatan Makanan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

26 Maut Gempa Bumi...

HERAT : Seramai 26 orang terbunuh selepas gempa bumi 5.3 skala Richter melanda...

Kadar Tayar Pneumatik, Motosikal Elektrik Dikurang Kepada 5%

PUTRAJAYA – Tayar pneumatik dan motosikal elektrik adalah barangan terbaru yang kadar cukainya dikurangkan kepada lima peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) setelah menerima maklum balas daripada 18 sesi taklimat soal jawab Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diadakan di seluruh negara melibatkan lebih 15,000 peserta.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya dengan kerjasama JKDM akan membuka kaunter pertanyaan SST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya bermula Selasa (2 Okt) sehingga Jumaat (5 Okt) dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari setiap minggu.

“Sebanyak 10 kiosk dan 12 kaunter akan beroperasi sepanjang waktu itu bagi membolehkan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor perdagangan dan industri boleh memberi sebarang maklum balas mahupun aduan terhadap pelaksanaan SST,” katanya.

Tambah Lim, pihaknya juga melantik dua pegawai dari Pejabat Menteri Kewangan untuk menangani sebarang aduan, pandangan dan pertanyaan sepanjang kaunter ini dibuka.


Mereka adalah akauntan bertauliah Datuk Ooi Kok Seng dan bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat antarabangsa, Cik Toh Yen Kee. Kedua-dua pegawai khas Menteri Kewangan akan bersama-sama menghadiri kaunter pertanyaan untuk membantu orang awam sehingga bilangan aduan berkurangan. – BERNAMA

Kategori