Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelan Pembangunan Pendidikan Akan...

PUTRAJAYA - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan...

Kerajaan BN Sentiasa Dengar,...

SEREMBAN - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mendengar dan memenuhi segala kehendak...

Isu Sudan: AS Beri...

PETALING JAYA : Amerika Syarikat (AS) berterima kasih kepada Malaysia yang berjaya membawa...

Cerai Sah, Joy Bersumpah...

KINI terjawab sudah segala tanda tanya mengenai status pernikahan dan penceraian usahawan kosmetik...

KBS Peruntuk RM15 Juta Bangun Infrastruktur Sukan Di Muar

MUAR, – Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan kira-kira RM15 juta untuk membangunkan dan menaik taraf infrastruktur sukan di daerah ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tumpuan penuh membangunkan dan menaik taraf infrastruktur sukan di kawasan itu bertujuan agar ia dapat dimanfaatkan orang ramai, sekali gus menjadi venue pelbagai acara pada masa akan datang.

“Kita telah memulakan kerja-kerja membaik pulih secara berperingkat seperti gelanggang futsal, bola jaring serta bola keranjang dan kita jangkakan projek membaik pulih ini dalam tempoh setahun, manakala stadium dan kolam renang akan ambil masa yang panjang.

“Bagi pembinaan infrastruktur baharu pula, kita bakal membangunkan kawasan sukan ekstrem serta memanah dan projek ini dijangka akan bermula pada tahun depan,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Merdeka 2018 di Tanjung Ketapang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali.

Anggota Parlimen Muar itu berkata usaha ini adalah antara perancangan yang termasuk dalam pelan menjadikan Muar sebagai hub sukan di Johor.


“Stadium Muar dahulu misalnya kerap digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan termasuk oleh orang ramai tetapi kebelakangan ini prosuder untuk menggunakannya agak panjang selain memerlukan beberapa penambahbaikan.

“Buat apa ada infrastruktur sukan tetapi ia tidak boleh digunakan orang awam dan hanya boleh digunakan segelintir pihak sahaja. Kita mahu rakyat Muar secara keseluruhan boleh hidup sihat dan aktif kelak,” katanya. – BERNAMA

Kategori