Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembunuh Anak Akhirnya Dibunuh...

SEORANG lelaki yang membunuh bayinya yang baru berusia dua hari disebabkan anaknya itu...

Anwar Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang...

Kongres PKR Tunda Lagi,...

PETALING JAYA : Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung dari 25 hingga 26 Jun...

Mengintai, Menghendap Jadi Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang...

Kelantan Anjur Pertandingan Bina Badan Patuh Syariah

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan yang dinamakan Cabaran Mr Awang Selamat Kelantan 2018 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 13 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak seperti mana pertandingan bina badan biasa.

“Setakat ini terdapat 50 peserta telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan tersebut,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Wan Roslan berkata, pertandingan yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak di sini, mempertandingkan empat kategori iaitu Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke bawah), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke atas) dan Mr Awang Selamat Kelantan Pasak (Tertutup).

Beliau berkata, pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai, keris serta piala. – BERNAMA

Kategori