Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Beri Penghargaan Petugas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14...

Koronavirus: Darurat Hanya Di...

GENEVA - China mengasingkan hampir 20 juta penduduk di Wuhan dan bandar berhampiran...

Anjur Olimpik Tak Realistik,...

RIO DE JANEIRO - Membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik bukanlah suatu...

Penguat Kuasa Pantau Acara...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat...

Kelantan Miskin Sebab Dendam Mahathir

KEBERGANTUNGAN Kelantan kepada bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua kerajaan yang berjaya memerintah Malaysia selama 22 tahun itu didakwa sengaja menghentikan pelbagai projek pembangunan dan keperluan asas sejak negeri tersebut ‘jatuh’ semula kepada PAS pada tahun 1990.

Justeru bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya memburukkan kerajaan negeri di Pantai Timur itu sebaliknya bantu tanpa kira fahaman politik.

“Sejak Kelantan jatuh di bawah kepimpinan parti lain (PAS) pada 1990, sehingga kini tiada satu pun lebuh raya atau infrastruktur air bersih yang sempurna. Yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin.

“Apatah lagi dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin. Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak, bukan dihukum atau dimarah,” kata Najib dalam nada kesal.

Hantaran itu dimuat naik menerusi akaun Facebooknya sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan Kerajaan Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit.

Juga bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta. Guan Eng berkata, sejak tahun 2013 hingga tahun 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit.

Ia merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus. Najib berkata, semasa beliau menjadi Perdana Menteri banyak bantuan disalurkan bagi membangunkan Kelantan.

Ini meliputi sama ada dari segi prasarana pengangkutan awam, pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan mahupun penebatan banjir di negeri berkenaan waima diperintah parti pembangkang.


“Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah yang sama di Putrajaya ataupun tidak, kita tidak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.

“Walaupun Pulau Pinang antara negeri paling maju di Malaysia, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi pembesaran Empangan Mengkuang.

“Sebaliknya bantuan itu sering disalah guna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka berjaya kurang hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai,” katanya sinis.

Ujar Najib lagi, tiada salahnya kerajaan pusat membantu negeri yang kurang maju berbanding Kerajaan PH yang sekarang didakwa gemar bantu peniaga yang elak daripada bayar cukai menerusi pemansuhan GST.

“Kerajaan PH sudah banyak bantu peniaga yang suka elak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakan di negeri kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong,” katanya lagi. – Mynewshub.TV

Kategori