Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bunkface Jalin Kerjasama Dengan...

BULAN lalu, kumpulan Bunkface diumumkan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur...

Raih RM40 Juta, Munafik...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17...

Kakitangan & 3 Penuntut...

BUKIT MERTAJAM - Seorang kakitangan dan tiga penuntut Politeknik Seberang Perai (PSP), di...

Pengajian Melayu Perlu Setanding...

PETALING JAYA : Pengajian Melayu mesti diangkat menjadi bidang dan disiplin ilmu yang...

Keluar AP, Kosongkan Stok Bauksit Di Pahang

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju mengeluarkan lesen eksport (AP) dalam tempoh munasabah kepada syarikat yang terbabit untuk mengosongkan stok bauksit yang berada di pelabuhan di Pahang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata keputusan itu dicapai hasil beberapa sesi libat urus dengan beberapa pihak termasuk penggiat industri perlombongan bauksit sebelum ini serta pertemuannya dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini.

ā€œSesi libat urus itu bagi membolehkan pihak kementerian mendapatkan gambaran lebih menyeluruh dan maklumat lebih lanjut selain pandangan secara terus daripada Menteri Besar sendiri dan kerajaan Pahang berhubung hala tuju industri perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri berkenaan.

ā€œHasil perbincangan pada hari ini, kerajaan bersetuju mengeluarkan AP dalam tempoh munasabah kepada syarikat yang terbabit untuk mengosongkan stok bauksit yang berada dalam kawasan pelabuhan terlebih dulu,ā€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan satu pasukan khas akan diwujudkan bagi menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu berhubung perlombongan, pengangkutan, pengurusan stok dan pengeksportan bauksit.

ā€œApabila moratorium ini ditarik balik kelak, semua pihak termasuk pelombong yang diberikan AP perlu menandatangani suatu piagam untuk mematuhi semua syarat yang ditetapkan demi memastikan industri perlombongan bauksit Pahang berjalan secara mampan,ā€ katanya.

Beliau berkata kerajaan mengenakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang akibat isu pencemaran yang tidak terkawal dan keselamatan.


ā€œMoratorium itu disambung dari semasa ke semasa dan terkini adalah sehingga 31 Disember ini.

ā€œKerajaan juga pada ketika ini dalam rangka mencari penyelesaian menyeluruh bagi menangani perkara ini dan dalam usaha mewujudkan penyelesaian bersifat menang-menang membabitkan semua pihak.

ā€œKerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit dalam industri ini sama ada kerajaan atau swasta demi mendapatkan konsensus halatuju yang dapat memberi harapan baharu terhadap industri bauksit di Pahang,ā€ katanya. – BH Online

Kategori