Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bayi Diserang Anjing Liar,...

KESIAN... Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam masa enam ke lapan jam, kini...

Video Lawak! Pemain Bola...

SELAIN kelicikan dan ketangkasan di atas padang, rata-rata pemain bola sepak di era...

Rusia, Ukraine Setuju Laksana...

KIEV – Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama...

Pengundi PD Damba Peluang...

PORT DICKSON - Isu-isu berhubung peluang pekerjaan, pembangunan seimbang dan akses pendidikan mesti...

Keluarga Kanak-Kanak Maut Pasrah

KUALA LUMPUR – Keluarga Siti Nur Nadhirah Khairul Anuar, 4, yang maut selepas terjatuh dari tingkat 17 kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dekat sini, pagi tadi pasrah dengan kejadian tersebut.

Ibunya, Rozneen Hashim, 36, menerima ketentuan takdir meskipun pahit dengan kenyataan bahawa anak bongsunya telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

“Saya terima bahawa dia (Nadhirah) dah tiada dan langsung tidak menyalahkan Natasya (kakak mangsa Siti Nur Natasya) atas kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku di luar pengawasan beliau dan suami, Khairul Anuar Kusnan, 45, kerana keluar sejak 6 pagi tadi untuk berniaga.

Siti Nur Natasya, 14, anak kedua pasangan itu yang bersekolah pada sesi petang dipertanggungjawab untuk menjaga arwah Nadhirah dan seorang lagi adik lelakinya berusia tujuh tahun.

Khairul Anuar berkata kebiasaannya apabila hendak keluar berniaga, beliau dan isteri akan membawa Nadhirah bersama-sama, namun hari ini mereka tidak membawa mangsa kerana sedang demam.


Nadhirah yang juga anak bongsu dari enam adik beradik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, petang ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata berdasarkan percakapan awal dengan kakak mangsa, sebelum kejadian remaja itu keluar untuk menghantar adiknya yang berusia tujuh tahun ke sekolah berdekatan dan meninggalkan mangsa yang sedang tidur kerana demam, sendirian.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat kerusi plastik di balkoni rumah yang tidak dipasang jeriji atas. – BERNAMA

Kategori