Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ahmad Maslan Gesa Isytihar...

KUALA LUMPUR – Seperti mana negara pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di kawasan...

Penipuan MLM, Eira Dan...

RASANYA belum pun lama pelakon Eira Syazira dan suaminya, Azad Jasmin membuat kenyataan di...

Lawatan Penjara Sempena Aidilfitri...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 27 dan 28 Jun ini sebagai...

Jumlah Mendaftar Dengan Tabung...

BALING - Jumlah mereka yang mendaftar untuk menunaikan haji terus bertambah walaupun terdapat...

Kematian Model Belanda Patut Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa kematian model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit, 18, sepatutnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan bukan sebagai mati mengejut (SDR).

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini melaporkan bahawa Sarjan Haliza Hamdan, iaitu pegawai penyiasat daripada Balai Polis Dang Wangi berkata, beliau berhati-hati berhubung kematian Ivana tetapi membuka kertas siasatan bagi kes SDR atas arahan pihak atasan.

Apabila ditanya mengapa tidak menggunakan akal fikiran selepas melihat keadaan Ivana ketika dijumpai iaitu dalam keadaan bogel dan terlentang di balkoni tingkat 14 (di bawah unit rumah tempat wanita itu tinggal), Haliza berkata sudah ada pasukan petugas polis di tempat kejadian.

Tambah beliau, adalah tidak sesuai untuk seorang pegawai penyiasat muda sepertinya mempersoalkan perintah Asisten Superintendan (ASP) Faizal Abdullah, yang kemudiannya mengambil alih siasatan itu. – BH Online

Kategori