Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Soalan Exam ‘Pecah Kepala’...

SEHELAI kertas soalan peperiksaan untuk kemasukan ke sebuah sekolah rendah di Hong Kong...

Mangsa Nahas Maut Terperosok...

SEORANG lelaki maut apabila Perodua Myvi yang dipandunya telah terbakar selepas terperosok masuk...

Elak Bawa Pelajar Sekolah...

BUTTERWORTH - Masyarakat dan ibu bapa diminta tidak mengheret anak-anak mereka atau pelajar...

Kebakaran Tahfiz: 7 Fakta...

KUALA LUMPUR - Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas...

Kempen ‘1 Tikus RM3’ Tangkap 78,000 Tikus Sejak 2012

KUALA LUMPUR – Sebanyak 78,000 tikus telah ditangkap melalui kempen ‘1 tikus RM3’ yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2012.

Timbalan Menteri Wilayah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata ganjaran berjumlah RM170,000 telah diberi kepada mereka yang berjaya menangkap haiwan itu.

“Saya secara peribadi berpendapat supaya ganjaran berbentuk kewangan ini dapat diubah kepada lebih baik seperti ganjaran dalam bentuk rebat.

“Rebat ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti sewa rumah dan sebagainya,” katanya pada perasmian Gotong-royong Mega 2018 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, hari ini.

Kempen itu pada awalnya memberikan ganjaran RM1 bagi setiap tikus telah dinaikkan kepada RM3 seekor bermula 2015.

Sementara itu, Shahruddin turut menarik perhatian penyakit kencing tikus yang direkodkan di Kuala Lumpur setakat ini adalah 64 kes manakala 160 kes direkodkan tahun lepas.

Turut hadir pada majlis itu anggota parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.


Dalam pada itu, Adnan mahu pengguna bertindak aktif dengan mendesak peniaga memberikan beg plastik biodegradasi bagi setiap pembelian untuk memelihara alam sekitar.

Beliau berkata beg plastik biodegradasi mempunyai unsur mudah terurai dan tidak dikenakan caj kepada pengguna.

Setakat ini, katanya sebanyak 200 premis telah dikompaun kerana tidak memberikan beg plastik jenis biodegradasi. – BERNAMA

Kategori