Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Program Penandaan Penyu Mendarat...

SANDAKAN - Penyu yang mendarat di Pulau Libaran di sini mula ditandakan untuk...

Seni Persilatan Perlu Diperluaskan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya seni persilatan Melayu...

Tiada Tolak Ansur Jika...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan beliau...

PPR Antara Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan...

Kenapa Kerajaan Baharu Suka Cari Gaduh?

SEMALAM, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dikritik teruk kerana menulis di Twitter menggambarkan keburukan kerajaan dua buah negara.

Saifuddin menulis, “Ada 2 negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, 1 kerana urusan agama dan 1 lagi kerana urusan negara.”

Beliau dikritik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, didakwa bersikap amat tidak profesional.

“Anda diplomat tertinggi negara. Anda kena berkelakuan seperti seorang diplomat,” kata Khairy di Twitter.

Malangnya ada juga yang menganggapnya bukan satu kesalahan, atau merendahkan kesannya kerana didakwa dibuat dalam kapasiti peribadi.

Soalnya bukan lagi peribadi atau tidak, tetapi soalnya ialah beliau sudah menjawat jawatan sebagai menteri luar, maka soal peribadi tisak timbul lagi.

Media sosial pula ialah medium yang terbuka, terdedah kepada siapa sahaja yang mahu melihat, termasuk kakitangan kedutaan dua negara yang dimaksudkan itu.

Negara yang terpaksa dilawati kerana hal agama itu boleh diagak ialah Arab Saudi, yang Saifuddin terpaksa lawat untuk mengerjakan umrah dan haji.

Isu di sini ialah, kenapa beliau mahu menulis kenyataan itu? Apa yang difikirkan semasa hendak menerbitkan pandangan itu? Adakah disuruh oleh sesiapa atau mahu mengambil hati pemimpin tertentu?

Kenyataan Saifuddin itu boleh memburukkan lagi hubungan dengan Arab Saudi, yang sepatutnya dipelihara kerana kedudukannya sebagai tempat suci ibadah penting umat Islam.


Apa pun sikap terhadap kerajaan Arab Saudi, hubungan sesama negara Islam mesti dijaga supaya tidak terganggu dengan keterlanjuran seperti ditunjukkan Saifuddin itu.

Arab Saudi ialah lokasi ibadah umrah dan haji. Di sana juga terdapat ramai rakyat Malaysia menetap dan bekerja. Hubungan pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia juga baik.

Kenyataan Saifuddin mengeruhkan lagi keadaan selepas kerajaan Pakatan Harapan dengan gelojoh telah cepat-cepat menunjukkan tidak sehaluan dengan Arab Saudi dengan membawa pulang tentera Malaysia dari sana dan menutup pusat antikeganasan tajaan Riyadh.

Tindakan Saifuddin seolah-olah mahu menambah lagi kekeruhan dan mahu terus menjejaskan hubungan dengan Arab Saudi, dan seolah-olah mahu menarik perhatian dan membina hubungan lebih baik dengan negara lain yang bermusuh dengan Arab Saudi.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ramai menterinya lemah.

Sama ada kenyataan itu sindiran atau sekadar kenyataan sarkastik, itu memang benar-benar berlaku.

Sejak kerajaan PH berkuasa selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, nampaknya Malaysia banyak “mencari gaduh.” – Mynewshub.tv

Kategori