Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

K’jaan P.Pinang Diingatkan Supaya...

GEORGE TOWN - Projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang adalah tidak sah...

Kad Pengenalan ‘Muhammad Sajjad’...

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar kad pengenalan Malaysia dengan nama Muhammad Sajjad bin...

Kerja Menakung Air Di...

HULU TERENGGANU - Kerja menakung air di Tasik Puah yang merupakan satu daripada...

Mangsa Langgar Lari Di...

PUTRAJAYA - Seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi maut setelah dirempuh...

Kenapa Mahathir, Matthias Masih Membisu?

SETELAH tiga hari Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah buat kenyataan media, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tali barutnya, Matthias Chang masih membisu dan tidak jawab pendedahan tersebut.

Pendedahan bahawa Perdana Menteri sendiri yang mendesak Shafee supaya bersetuju menjadi Pendakwa Raya Khas perbicaraan kes Sodomi II Anwar Ibrahim telah buka “Pandora Box” yang paling digeruni oleh Mahathir.

Maka terbuktilah Mahathir sengaja mencampuri urusan negara dengan menggunakan ugutan dan mengutamakan agenda peribadi. Walhal Shafee adalah peguam tersohor dan dikenali sebagai “credible”.

Sudah pasti kenyataan medianya pada 8 September itu bukan calang-calang. Mana mungkin Shafee mahu membuat kenyataan yang agak mengejutkan itu tanpa ada asas kukuh apatah lagi jika bertujuan fitnah terhadap Mahathir.

Shafee mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu agak keberatan dengan permintaan Mahathir yang mungkin boleh singgung perasaan Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Berkemungkinan besar Mahathir juga telah memanggil Abdul Gani sehingga akhirnya pelantikan Shafee sebagai Pendakwa Raya Khas untuk kes Sodomi II dapat dilakukan melalui kaedah “fiat” dan dipenuhi secara protokol.

Jalan ceritanya hampir sama apabila Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya. Dalam pertemuan itu, Mahathir memaklumkan dia telah berjumpa dengan Najib.

Najib dikatakan konon bersetuju membina semula Jambatan Bengkok dengan syarat UMNO Johor juga bersetuju. Namun UMNO Johor tidak bersetuju dan itu satu sebab mengapa Mahathir begitu marah dengan Najib.

Lebih mengejutkan lagi, Matthias memaklumkan bahawa Mahathir ada enam tuntutan terhadap Najib. Jika tidak dipenuhi, Perdana Menteri itu akan menentang Najib habis-habisan. Apakah lima lagi tuntutan Mahathir itu?


Apakah amalan ugut ini juga digunakan Mahathir sekarang sehingga menyebabkan jemaah Menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP sendiri dan Presiden PH, Wan Azizah Wan Ismail seperti dicucuk hidung mereka?

Ternyata campur tangan dan ugutan jahat Mahathir itu memang bertujuan peribadi. Ia mendedahkan Mahathir sanggup melakukan “tikam belakang” terhadap Anwar. Dia bimbang Anwar boleh menang dalam kes Sodomi II itu.

Mahathir tetap mahu Anwar dipenjarakan. Sekarang dia terpaksa membebaskan Anwar selepas menang Pilihan Raya Umum. Sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8 ketika Mahathir masih berkuasa.

Justeru Perdana Menteri dan kuncunya, Matthias perlu tampil buat penjelasan kerana ini melibatkan pendedahan serius dan cabar kredibiliti mereka berdua termasuk konspirasi mereka memfailkan saman di Pejabat DOJ di AS.

Rakyat, Majlis Peguam, UMNO, PAS, NGO termasuk NGO guaman perlu tampil berani membuat laporan polis. Pihak polis juga mesti secara profesional membuat siasatan penuh terhadap Mahathir.

Mohd Puad Zarkashi
11.09.2018

Kategori