Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Tidak Wajar Penaja Tarik...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Lelaki Seludup 94 iPhone...

China – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 94 iPhone dengan mengikat ke badannya...

Ribut Petir Di Tujuh...

PETALING JAYA- Sebanyak tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan menerima amaran ribut petir...

DAP Siap Sedia Jika...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berhubung masa depan...

Kenyataan Media TS Shafie Abdullah: PM Wajib Bertanggungjawab

KENYATAAN Media TS Shafie Abdullah hari ini mengenai RM9.5 Juta kononnya diterima daripada DS Najib sebagai yuran menjadi Pendakwaraya kes liwat 2 Anwar Ibrahim mengejutkan. Ia membongkar fitnah yang boleh mencemar keadilan di Malaysia.

Kenyataan TS Shafie itu menambah lagi luka kepada kredibiliti Tommy Thomas sebagai Peguam Negara terutama setelah beliau menggugurkan sepenuhnya kes pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

Semoga Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Raja Raja akan menasihatkan Perdana Menteri supaya ditubuhkan RCI kerana nama Tun Mahathir disebut dalam kenyataan media tersebut. Apatah lagi dalam kenyataan itu disebut dengan jelas bahawa Tun Mahathir telah memanggil TS Shafie ke pejabat beliau di Yayasan Perdana dan meminta beliau sanggup menjadi Pendakwaraya khas dalam perbicaraan kes liwat 2 DS Anwar Ibrahim walaupun Najib keberatan. Ini kerana Tun Mahathir tidak yakin kemampuan DPP yang ada ketika itu.

TS Shafie menjelaskan dia menerima tugas itu secara pro bono walaupun TS Ghani Patail mencadangkan permintaannya dibayar token RM1 diganti dengan token RM1K (surat 19.7.2013). Bahkan hingga kini TS Shafie tidak pernah menuntut wang RM1K itu. Jelas isu RM9.5 itu adalah fitnah yang digunakan oleh DS Anwar Ibrahim berpunca daripada affidavit dan Siti Rahayu Mohd Muhamzaini iaitu Pegawai Khas Tommy Thomas.

Pendedahan TS Shafie itu amat berat kerana melibatkan campur tangan Tun Mahathir dan tekanan 6 perkara terhadap DS Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu. Sebab itu Tommy Thomas perlu meletak jawatan sahaja.


Mohd Puad Zarkashi
8.9.2018

Kategori