Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keadaan Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih pagi ini apabila jumlah...

Tony Pua Tanya Apa...

KUALA LUMPUR - "Apa gunanya bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip...

Pemandu Maut, Lori Muatan...

SEREMBAN - Seorang pemandu lori membawa tong gas maut selepas lorinya terjatuh ke...

Rakyat Berhak Tahu Siapa...

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak tahu siapakah calon Perdana Menteri daripada pakatan pembangkang...

Keputusan Anwar Ke Parlimen Tak Ikat Tempoh Dr M Sebagai PM

PETALING JAYA – Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melangkah ke pentas Parlimen tidak mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal lama mana beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Dalam membuat keputusan ini, kami tidak pernah mengikat parti dengan tempoh masa Tun Dr Mahathir menjalankan tugas sebagai perdana menteri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ia dibuat bagi mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak.

Menurut Saifuddin Nasution, Anwar sendiri selalu menekankan pentingnya kepimpinan Dr Mahathtir terus disokong sekarang.

“Datuk Seri Anwar selalu pesan pada kepimpinan PKR sekarang adalah masa untuk beri dukungan dan sokongan penuh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya.

Saifuddin Nasution seterusnya berkata keputusan tidak mengikat tempoh masa Dr Mahathir menjadi perdana menteri turut menjadi konsensus Pakatan Harapan.

“B​​​​ila kita buat keputusan, kita tidak pernah mengikat tempoh Tun Dr Mahathir terus sebagai perdana menteri dan macam saya sebut tadi ketika konsensus PH dibuat ianya juga tidak mengikat tempoh itu.


Saifuddin Nasution berkata Anwar juga pernah memberi kenyataan berulang kali secara terbuka bahawa Dr Mahathir akan terus dapat sokongan PKR untuk beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri.

Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta dalam usaha memberi laluan kepada Anwar menjadi Anggota Parlimen dan seterusnya Perdana Menteri kelapan kelak.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pemimpin PKR sebulat suara menerima pendirian Anwar untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

Saifuddin Nasution berkata beliau juga telah menemui ketua parti komponen Pakatan Harapan dan kesemua mereka akan membantu pada pilihan raya kecil berkenaan. – BERNAMA

Kategori