Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Jenazah Adun Seri Setia...

PUTRAJAYA - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin...

Nik Aziz Tidak Sihat,...

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Terpulang Kepada Majlis Agama...

PUTRAJAYA - Bantuan zakat untuk pelarian Rohingya adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Agama...

Wartawan Malaysiakini Cabut Lari,...

KUCHING - Khabarnya seorang wartawan sensasi portal propembangkang terkenal, Malaysiakini menyiarkan laporan yang bukan...

Keputusan SPM Ulangan 2018 Pada Khamis

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2018 akan dikeluarkan pada Khamis (13 Sept).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata seramai 11,057 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

KPM berkata calon akan menerima keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkannya dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan yang akan diaktifkan bermula 10 pagi 13 Sept dan tamat pada 6 petang, 19 Sept.

Sebanyak tiga mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan tersebut iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. – BERNAMA

Kategori