Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

AS Laksana Sekatan Ke...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas tiga firma di Malaysia dan...

Vivy Yusof Saman Netizen

Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu, menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19.

Lebih 13,500 Mangsa Banjir...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit setakat 1 tengah...

Kes Wabak Taun Di...

GENEVA - Kes wabak taun di Yaman yang dilanda krisis peperangan dijangka meningkat...

Keracunan Alkohol, Kematian Meningkat Kepada 15 Orang

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 5 petang ini, 15 orang maut, manakala 33 lagi masih menerima rawatan di hospital akibat keracunan alkohol malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata kes itu membabitkan penduduk di sekitar Sungai Buloh, Gombak, Kajang, Klang Selatan dan Shah Alam.

“Di Sungai Buloh membabitkan 22 orang di mana tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala 15 lagi masih menerima rawatan.

“Di Gombak pula, empat orang disahkan maut dan seorang masih diberikan rawatan, manakala di Kajang membabitkan 19 orang dengan empat meninggal dunia dan 15 masih menerima rawatan.

“Klang Selatan dan Shah Alam masing-masing merekodkan seorang mangsa yang masih menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Mazlan memaklumkan tujuh orang maut sementara 16 lagi dikejarkan ke hospital akibat keracunan minuman itu.

Dalam kejadian yang dilaporkan bermula sekitar jam 7 malam tadi, kesemua mangsa mengalami muntah teruk selepas disyaki mengambil arak daripada tiga jenama iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori