Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Luluskan Arak...

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Wanita UMNO hari ini meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memanggil dan menyiasat tentang isu penjenamaan dengan mengguna pakai nama ‘Timah’ dan ianya jelas memang di bawah kuasa KPDNHEP.

TN50 Kanvas Baharu Muatkan...

KUALA LUMPUR – Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu yang...

151 Lembu Dihanyut Banjir,...

JERTEH: Seorang penternak berputih mata apabila 151 lembu peliharaannya hilang dipercayai akibat hanyut...

Lelaki Panah Anjing Hingga...

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya...

Keracunan Alkohol Tidak Lagi Terhad ke Lembah Kelang

KUALA LUMPUR – Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad ke Lembah Kelang sahaja dengan dua kematian turut dilaporkan di Perak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (Rabu) mengumumkan angka kematian di Lembah Kelang sahaja telah meningkat ke 21 dengan polis berkata 19 daripada kematian itu berlaku di Selangor.

Di PERAK, dua lelaki warga tempatan dari Bandar Baru Putra, Bercham disahkan meninggal akibat keracunan arak masing-masing pada Isnin dan Selasa lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A.Sivanesan.

Mangsa yang berumur 50 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada awal pagi Isnin, manakala seorang lagi yang berusia 39 tahun maut di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa.

“Sementara itu, dua lelaki tempatan berusia 41 dan 53 tahun berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi HRPB, manakala seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun dilaporkan stabil di hospital yang sama,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membeli arak tiruan di kedai menjual alkohol di sekitar Bercham dan Tanjung Rambutan di sini.

Sivanesan berkata minuman beralkohol yang disyaki diminum oleh kesemua mangsa adalah berjenama ‘King Fisher Beer’ dan ‘Grand Royal Whisky’.

“Kita menjangka kira-kira 20 hingga 30 kes keracunan arak berlaku dalam tempoh terdekat.

“Keracunan arak menyebabkan mangsa mengalami simptom seperti mata kabur, loya dan muntah, sesak nafas, sakit perut serta sakit badan dan mereka yang mengalami simptom berkenaan perlu mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran,” katanya.


Di JOHOR pula, sehingga ini tiada kes keracunan alkohol dilaporkan dan kerajaan sedang memantau keadaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kes berkenaan.

“Bagaimanapun, (kita) kena pastikan pemantauan dijalankan di setiap premis yang menjual alkohol untuk mengelakkan kejadian di Selangor tidak berlaku di Johor,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Sahruddin, memandangkan kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan warga asing, diharapkan peniaga lebih berhati-hati dalam menjual minuman beralkohol dan hanya minuman beralkohol yang kandungan alkoholnya lulus sahaja dijual.

“Kepada pihak pengedar atau pengilang pula dikehendaki menghasilkan alkohol seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” tambah beliau.

Di SABAH, Bernama belum menerima apa-apa laporan akan keracunan arak termasuk di pulau bebas cukai Labuan di mana pelbagai jenis arak turut dijual. – BERNAMA

Kategori