Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rihanna Terkejut Suara Peminat...

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu...

Ringgit Dibuka Lebih Lemah

KUALA LUMPUR- Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

UMNO Mampu Tawan Dun...

MELAKA – Calon UMNO mampu melaksana tugas untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan...

7 Remaja Perempuan Terbabit...

RABAT – Tujuh remaja perempuan berusia antara 15 dan 17 tahun, dijatuhi hukuman...

Kerajaan Berusaha Tingkatkan Golongan B40 Bumiputera

KUALA LUMPUR — Kerajaan berusaha meningkatkan golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) Bumiputera supaya dapat berada dalam kelas menengah, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sebanyak 71 peratus daripada kumpulan B40 adalah Bumiputera.

“Peratusan itu bukan sahaja besar, tetapi purata pendapatan isi rumah bulanan Bumiputera (golongan ini) adalah RM2,600 berbanding bukan Bumiputera sebanyak RM3,400,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sesi penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Mohamed Azmin berkata, dengan anjakan itu, ia akan meningkatkan kuasa beli dalam kalangan Bumiputera, menjana pertumbuhan mampan dan seterusnya memberi manfaat kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, kerajaan mengambil perhatian berhubung cadangan untuk memperkenalkan undang-undang sabotaj ekonomi negara bagi mengekang amalan menjual kontrak atau Permit Import (AP) kepada pihak lain.


“Perkara ni sedang dalam penelitian. Prinsipnya sudah dijelaskan namun pelaksanaan mengikut peruntukan undang-undang kita akan bincang untuk digubal dalam parlimen,” katanya.

Cadangan untuk mewujudkan undang-undang itu dikemukakan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang berpendapat individu yang masih meneruskan perniagaan secara Ali Baba juga boleh dianggap pengkhianat negara.— BERNAMA

Kategori