Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

38 Nyawa Melayang Akibat...

Lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa dalam dua serang berasingan yang berlaku...

‘Jual’ Anak Untuk Bayar...

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga Indonesia yang menghadapi kesempitan hidup akibat pandemik...

Ditahan Buat Kenyataan Tahyul...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seorang lelaki di Pulau Pinang semalam kerana...

Program Felo Perdana Beri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan program Felo Perdana...

Kerajaan PH Wajib Bantu Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib membantu membangunkan negeri ini selari dengan semangat federalisme dan prinsip keadilan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sesebuah negara tidak mungkin boleh diisytihar sebagai negara maju sekiranya terdapat sebuah negeri di dalamnya yang masih ketinggalan.

Beliau berkata, pihaknya tidak berkecil hati Kelantan dianggap sebuah negeri miskin tetapi sewajarnyalah mendapat bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur dan prasarana demi pembangunan ekonomi.

“Saya anggap kenyataan itu (negeri miskin) satu nasihat, kita akan berusaha tetapi dia mesti bantu kita.

“Ini tanggungjawab atas nama kerajaan dan bukannya parti, sebagai sebuah negara yang amal semangat federalisme dan mempunyai wawasan sendiri kerajaan kena lihat lebih dekat keperluan negeri Kelantan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai kelemahan kedudukan ekonomi di negeri ini baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori