Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Kuat 5.6 Magnitud...

WELLINGTON - Gempa kuat 5.6 magnitud melanda Pulau Selatan New Zealand awal pagi...

UPSR: Hadiah Seekor Lembu...

BESUT - Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu...

Isu Rakyat M’sia Ditipu...

Kerajaan akan membawa isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di...

Bahasa Melayu Jambatan Satukan...

PUTRAJAYA - Bahasa Melayu harus difahami oleh setiap rakyat di negara ini sebagai...

Kerani PTG Didakwa Perdaya Wanita

KOTA BHARU – Seorang pembantu tadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdaya seorang wanita melibatkan permohonan geran tanah, empat tahun lalu.

Tertuduh Tengku Ahmad Arfan Tengku Amin, 34, yang bertugas di Pejabat Tanah dan Galian Kuala Krai mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menipu Rohana Othman, 52, kononnya mampu menguruskan permohonan geran tanah di Kampung Budi, Kuala Krai atas nama, Murni Othman, 33.

Perkara itu mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM6,740 kepada tertuduh melalui akaun Bank Islam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bank Simpanan Nasional (BSN) Taman Bendahara, di sini dan Bank Islam Kubang Kerian pada 6 Mei 2014 hingga 19 Mei 2014.


Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidah Muslimah Roslan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum dengan alasan perlu menyara keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak dibenarkan menganggu mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori