Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Van Maut, 4...

SERDANG - Seorang lelaki warga tempatan maut tersepit, manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor...

APMM Tawau Patahkan Cubaan...

TAWAU - Cubaan 28 pendatang tanpa izin dari Indonesia menyeludup masuk ke negara...

Ibu Dan Anak Kandung...

SEORANG ibu membuat pendedahan menggemparkan apabila mengakui jatuh cinta pada anak lelaki sendiri malah...

Bapa Berdepan 105 Tuduhan...

BURUH dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas 105 pertuduhan rogol...

Kertas Siasatan Rakam Bawah Skirt Akan Diserahkan Kepada AG

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan melibatkan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 9 Sept lepas Mohd Azis dilaporkan memecat seorang pegawainya susulan perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.

Klip video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata ​​​​​​menjadi tular di media sosial. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Skirt

Kategori