Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

32 Pelajar, Pensyarah IPTA...

KUALA PILAH : Seramai 32 pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi...

[TIDAK RASMI] BN Kuasai...

JOHOR BAHRU : Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai 31 Dewan...

Tak Sesuai Bazar Ramadan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, tidak sesuai untuk mengadakan bazar Ramadan dalam...

Wujudkan Pelan Tindakan Awam...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang,...

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: 2 Anak Tirinya Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Dua remaja yang merupakan anak tiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran Jun lepas, ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh ayah tiri mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan kedua-dua remaja berkenaan ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kedua-dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan semalam di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

Fadzil berkata permohonan reman ke atas kedua-dua suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Khamis lalu, media melaporkan dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada lehernya kesan daripada anak panah.

Menurut laporan itu lagi, kedua-duanya ditahan selepas soal siasat ke atas ibu mereka yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Bagaimanapun, sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan laporan penahanan itu dan memaklumkan jumlah tangkapan masih kekal dua orang.


Pada 4 Sept lepas, polis menahan balu Nazrin dan bekas suaminya, masing-masing berusia 43 tahun, bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Namun, tiga hari kemudian, polis membebaskan lelaki itu di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Pada 3 Ogos, Fadzil dilaporkan sebagai berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran. – BERNAMA

Kategori