Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

COVID-19 Dijangka Berakhir Pada...

GUANGZHOU - Penelitian terbaru dikendalikan pasukan perubatan menjangkakan penularan wabak coronavirus (COVID-19) bakal...

Kesilapan Punca ‘The Young...

KUALA TERENGGANU - Kesilapan demi kesilapan dilakukan menyebabkan skuad Piala Presiden T-Team dihukum...

Deretan Unit Kedai Musnah...

KUALA TERENGGANU : Lapan deretan kedai di Jalan Hiliran di sini, musnah dalam...

PRN Melaka: UMNO Belum...

KUALA NERANG: UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan.

Kesal Menteri Kewangan Main ‘Hantam’ Jelaskan SST

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kesal dengan tindakan menteri kewangan yang hanya main “hantam” semasa menjelaskan kadar cukai barangan.

Najib dalam tulisan terbarunya di Facebook hari ini berkata beliau terkejut apabila mendengar jawapan Lim Guan Eng yang menjawab hantarannya semalam tentang cukai jualan dan perkhidmatan turut dikenakan pada barangan mentah termasuk ikan masin.

“Semalam saya membuat hantaran FB untuk mendedahkan bahawa cukai SST yang baru dilaksanakan juga dikenakan ke atas banyak baang-barang mentah dan basah termasuk kerang, lala, udang, ketam dan ikan masin.

“Saya amat terkejut (trending hari ini memang untuk terkejut) dengan jawapan beliau,” kata Najib.

“Dia menjawab bahawa dia keliru dengan klasifikasi barang-barang basah ini, oleh itu beliau kata dia ‘hantam’ sahaja (dia cakap, bukan saya cakap) supaya semua dikenakan cukai jualan 10 peratus.

“Oleh kerana beliau cincai ‘hantam’ sahaja, maka orang miskin perlu bayar cukai 10 peratus di atas semua makanan-makanan mentah ini,” katanya.

Susulan pendedahan Najib semalam, menteri kewangan hari ini mengakui kesilapan tersebut dan berjanji mengecualikan cukai terhadap barangan mentah terbabit.


Najib turut menjelaskan bahawa banyak bahan mentahdan minuman lain seperti air tin dan air mineral dikenakan cukai jualan sebanyak 5 hingga 10 peratus, mendedahkan pengguna kepada cukai berganda apabila barangan tersebut dijual di restoran yang mengenakan cukai.

Beliau menggesa agar kementerian kewangan menilai semula barangan makanan dan minuman yang banyak digunakan oleh golongan B40.

“Saya harap kementerian kewangan dapat meniliti dan menambah baik senarai SST agar makanan, minuman dan bahan asas orang B40 tidak dikenakan cukai seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu.”

Najib turut menyindir adakah angka-angka yang disebut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan selama ini juga hasil perkiraan cincai dan hantam.

“Kita harap tuduhan hutang negara tiba-tiba dinaikkan menjadi RM1 trillion ataupun tuduhan wang GST/LHDN RM35 bilion ‘dirompak’ tidak dikeluarkan oleh beliau sekadar dengan main ‘hantam’ sahaja juga.” – Mynewshub.tv

Kategori