Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zaitun Berusia 1,000 Tahun...

SINGAPURA - Sebatang pokok zaitun tua yang ditanam di kawasan taman terkenal, Gardens...

Isu Porno Kanak-Kanak, Wajarkah...

ISU pelajar Malaysia ditangkap gara-gara memiliki lebih 30 ribu gambar serta lebih 1...

KPKT Henti Pengeluaran AP...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghentikan permit pengeluaran lesen...

Hishammuddin Dijadual Hadiri Mesyuarat...

SUNGAI PETANI - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dijadual menghadiri mesyuarat...

Ketua Pemuda PH Bidas PM Isu PTPTN

SANGKAL… Malu Tun Dr. Mahathir Mohamad hina peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pemuda Pakatan Harapan (PH) terpaksa bidas Perdana Menteri sendiri.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan menyangkal keras kenyataan Pengerusi PH itu semalam bahawa peminjam tidak lunas tunggakan pinjaman PTPTN boleh dianggap sebagai tidak amanah atau tidak tahu malu.

Ujarnya, beliau mempunyai perbezaan pandangan berhubung isu tersebut. Kerajaan PH namun tidak boleh hukum peminjam yang tidak bayar secara pukul rata, meskipun ada yang tidak tahu malu dan tidak amanah.

Ia berikutan katanya, lebih ramai peminjam yang bukan tergolong dalam kelompok itu.  Katanya, sudah menjadi budaya dalam masyarakat, mereka yang belajar di universiti menjadi harapan besar untuk membantu keluarga.

“Saya hormat Mahathir sebagai Perdana Menteri dan faham bebanan ekonomi negara tapi dalam hal ini saya ingin nyatakan pandangan berbeza. Kerajaan kena faham bukan semua seperti dinyatakan.

“Ada antara peminjam belum ada pekerjaan, yang bekerja pula, gaji permulaan amat rendah,” kata Ahli Parlimen PKR Setiawangsa itu menerusi satu kenyataan di ibu negara hari ini.

Nik Nazmi berkata, kerajaan harus akui terdapat golongan miskin bandar dan miskin tegar dan kebiasaannya kelompok itu sukar buat bayaran kerana mempunyai banyak bebanan dan perlu menyara keluarga.

“Kita baru perintah beberapa bulan, misi kita untuk perbaiki ekonomi negara sehingga kita menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, gaji permulaan yang baik dan memahami masalah sebenar peminjam.


“Tidak wajar kita melabel kelompok peminjam sebagai tidak amanah. Perlu diketahui sistem pendidikan juga bermasalah dengan penumpuan terhadap pembinaan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Ia berlaku ketika institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berkembang dan berdepan dengan potongan peruntukan besar kebelakangan ini,” kata Nik Nazmi.

Tambahnya, disebabkan biasiswa semakin berkurangan, lepasan sekolah yang semakin ramai tiada pilihan melainkan memilih ke IPTS untuk melanjutkan pengajian.

“Sebab itu dalam Buku Harapan kita fokus cipta kerja dengan gaji tinggi, peningkatan gaji minimun dalam tempoh lima tahun dan penangguhan pembayaran PTPTN sehingga gaji RM4,000.

“Model sama digunakan di luar negara seperti Australia dan Britain,” katanya tanpa ulas janji manis manifesto PH mahu hapus pinjaman PTPTN yang gagal ditunaikan sehingga kini. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori