Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jadilah Pemimpin Sejati, Tegur...

SHAH ALAM - Pimpinan Umno diingatkan agar menjadi pemimpin sejati yang teguh berdiri...

Peminat Tegar Marah Neelofa...

EKORAN isu panas yang berlaku keatas Noor Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran koleksi...

BN Sabah Sokong Gabungan...

KOTA KINABALU - BN Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang bakal diputuskan oleh...

AC Mizal Tumpang Populariti...

PETALING JAYA - Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia,...

Khairy Pertahan Gaji Teong Kim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan keputusan kementeriannya membayar gaji sehingga RM175,000 sebulan kepada Jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Lim Teong Kim.

Katanya, jumlah itu adalah wajar, bertepatan reputasi tingginya yang berjaya membentuk pemain berkelas dunia di Bayern Munich seperti Thomas Muller dan Toni Kroos.

“Jumlah itu adalah berdasarkan tawaran yang diputuskan ketika membawa Teong Kim balik ke negara kita untuk mengemudi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Terserah kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sama ada meneruskan kontrak beliau atau sebaliknya,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Khairy berkata, ketika itu beliau bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengkaji soal gaji berkenaan sebagai pelaburan jangka panjang.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan pihaknya tidak memecat Teong Kim daripada jawatannya sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).


Bagaimanapun, Syed Saddiq menjelaskan akan menilai semula pakej gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai dibayar kepada Teong Kim di bawah NFDP.

Beliau berkata, tindakan itu bukan bermaksud mempersoalkan kelayakan bekas jurulatih skuad muda Bayen Munich itu menerima jumlah gaji yang dianggap tinggi bagi menguruskan skuad B-16 negara.

Kontrak Teong Kim selaku Pengarah AMD dan ketua jurulatih bagi NFDP akan dinilai semula selepas skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru tahun hadapan. – BH ONLNE

Kategori