Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masih Beraya Bujang? Jangan...

ANDA masih beraya bujang tahun ini? Masih belum dipertemukan dengan jodoh? Kepada anda yang...

Zeti Akhtar, Pemimpin Contoh,...

KUALA LUMPUR - Datuk Muhammad Ibrahim, yang akan mengambil alih jawatan gabenor Bank...

Insiden Di Stadium Shah...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin optimis aksi final kedua Piala...

Parti Amanah Mahu Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negeri Kelantan (PAC) perlu segera membuat siasatan...

Khir Toyo Bimbang Percaturan Anwar Ketepi Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang baru selesai menjalani hukuman penjara kerana salah guna kuasa kurang senang dengan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Parlimen melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau mendakwa Anwar memilih kerusi Parlimen Port Dickson kerana mempunyai beberapa percaturan bagaimana untuk mengenepikan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri bagi membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri ke-8.

Berikut dakwaan penuh Mohamad Khir mengenai rancangan Anwar tersebut:

1) DSAI (Anwar) tidak bertanding di Pandan kerana beliau tahu akan berlaku sabotaj daripada kem Azmin Ali, semua tahu orang kuat PKR di Selangor, Amirudin dan Zuraida adalah pendokong kuat Azmin Ali.

2) Bertanding di Pandan bererti akan kosong kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM), ini bermakna DSAI akan menjadi TPM selepas memenanginya. satu perkara yang DSAI amat takuti kerana DSAI tidak mahu berada di bawah tangan Tun Mahathir. Jika ini berlaku tidak mustahil peristiwa lama akan berulang.

3) Jika berlaku satu lagi peristiwa buruk sama ada ianya betul atau sebaliknya,ia akan menguburkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sama sekali. Selagi Tun Mahathir tidak boleh mengambil sebarang tindakan malah tiada dibawah kawalan Tun Mahathir, selagi itulah peluangnya untuk menjadi PM kekal cerah.

4) Lebih cepat DSAI memasuki parlimen Lebih baik untuknya kerana dengan menjadi anggota Parlimen sebenarnya sudah tiada halangan untuk DSAI menjadi PM, malah bagi saya beliau boleh memilih masa yang sesuai mengikut percaturannya sendiri bukan lagi percaturan Tun Mahathir lagi.

5) Situasi kurang kontroversi ialah menunggu tempoh dua tahun, dimana Tun Mahathir tamat tempoh seperti telah dipersetujui Pakatan Harapan (PH).

6) Situasi kedua ialah memaksa Tun Mahathir melepaskan jawatan dengan mengenakan tekanan di Parlimen dengan menunjukan Tun Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti lagi di Parlimen.

7) Saya percaya situasi kedua akan menjadi percaturan DSAI kerana cara ini lebih memberi kepuasan kepada DSAI, selain mencapai cita citanya, beliau juga dapat memalukan Tun Mahathir sebagaimana Tun lakukan ke atas dirinya dulu.

8) Tidak sukar untuk DSAI melakukannya kerana beliau akan dapat sokongan daripada ahli parlimen PKR, UMNO, PAS dan lainnya.


9) Dengan membawa cadangan membentuk kerajaan perpaduan yang pastinya jalan keluar kepada masalah politik negara hari ini, saya percaya sebahagian besar rakyat akan menyanjungnya.

10) Saya lihat perkara ini akan berlaku diawal tahun depan. Persoalannya adakah rakyat dan negara mendapat faedah yang terbaik dan negara terus melangkah maju ke hadapan?

11) Sesuatu yang pasti rakyat akan disogokkan dengan madah perubahan itu perlu demi kebaikan negara dan rakyat.

12) Jangan sampai dua orang bergaduh rumah kita pula yang terbakar.

Mohamad Khir pada 10 Julai lalu dibidas teruk oleh penyokong UMNO apabila menyarankan ahli UMNO menyertai parti Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau malah mendakwa situasi politik tanah air kononnya telah berubah dan UMNO tidak lagi dipedulikan lagi oleh orang Melayu terutama golongan muda, malah menjadi bahan tohmahan. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori