Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Penghidap Kanser Cekal...

SINTOK - Bekas penghidap kanser tulang belakang dan berstatus orang kelainan upaya (OKU),...

Bekas Menteri Besar Pahang...

KUANTAN - Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79,...

Mat Sabu Jamin Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh...

Hoki Sukan SEA: Skuad...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki wanita Singapura menyasarkan kedudukan dua teratas di Sukan...

Kipas Gergasi Bakal ‘Hijau’ Gurun Sahara

SEBUT sahaja nama Sahara, tentu ramai terbayangkan imej gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9.4 juta kilometer persegi dan berusia 2.5 juta tahun yang terletak di utara benua Afrika.

Bersesuaian pula namanya sendiri yang berasal dari bahasa Arab dan kebetulan bermaksud sebagai padang pasir, Sahara yang hampir sifar pokok hijau itu berkeluasan hampir sama besar dengan China atau Amerika Syarikat (AS).

Namun sekumpulan pakar penyelidik antarabangsa baru-baru ini mengatakan bahawa usaha pemasangan turbin angin dipenuhi dengan panel suria secara besar-besaran di Sahara bakal hijaukan kawasan gurun tandus tersebut.

Ia malahan dijangka dapat mengurangkan lagi kadar pemanasan global yang tidak menentu pada ketika ini dan mampu merangsang kadar penurunan hujan di rantau Afrika yang kelazimannya kering sepanjang tahun itu.

Kajian diterbitkan jurnal Science itu menggunakan model komputer bagi simulasi kesan yang akan berlaku terhadap pemasangan ladang panel suria dan turbin angin di sekitar 20 peratus daripada kawasan di gurun panas tersebut.

“Ladang suria dan turbin angin yang meliputi sekitar 3.5 juta batu persegi itu adalah cukup besar untuk memberikan sumber tenaga boleh diperbaharui kepada keperluan masyarakat dunia,” menurut laporan kajian sains berkenaan.

Jika ladang itu mampu memberikan perubahan yang positif kepada cuaca dan iklim padang pasir Afrika tersebut, tumbuh-tumbuhan akan sentiasa tumbuh mekar jika ia ditanam berdekatan dengan kawasan sumber tenaga itu.

Bahkan sekiranya digabungkan bersama, menurut simulasi dijalankan melalui model komputer berteknologi tinggi, pengaruh angin dan sumber cahaya matahari mampu naik kadar purata hujan yang akan turun di seluruh Sahara

Ia diunjur daripada 0.24 milimeter kepada 0.59 milimeter untuk satu hari. Apa yang pasti, kesannya adalah tidak seragam di keseluruhan gurun yang luas itu tetapi peningkatan kadar hujan dijangka kerap berlaku di sekitar Sahel.

Ini merupakan rantau gersang dari Senegal ke Sudan, dengan penduduk setempat akan dapat menyaksikan antara 200 hingga 500 milimeter hujan bakal turun sepanjang tahun atau kira-kira 1.12 milimeter untuk sehari.

“Perkara itu mampu memberikan kesan amat positif dan cukup besar buat pertumbuhan ekologi, alam sekitar dan masyarakat sosial terutama kawasan berdekatan dengan ladang sumber tenaga itu nanti,” menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun secara majoritinya, padang pasir Sahara akan tetap kering untuk jangka panjang, menurut Daniel Kirk-Davidoff, profesor di Universiti Maryland, AS menerusi kiriman e-mel kepada agensi berita antarabangsa AFP.

“Tetapi lebih banyak hujan akan turun di kawasan pinggir selatan Sahara dan mampu menyuburkan lagi tumbuh-tumbuhan hijau, sekali gus membuka ruang kepada sumber pertanian dan penternakan,” kata pensyarah berkenaan.


“Sangat sukar untuk dibayangkan jika simulasi teknologi ini dianggap sebagai satu perkara yang buruk menurut sudut pandangan komuniti Sahara di situ nanti,” tambah Daniel dengan merujuk kepada pelbagai sebab utama.

Antaranya ialah bagaimana ladang tenaga itu mampu membawa angin udara yang panas dari atas khususnya pada waktu malam, satu proses yang dapat meningkatkan penyejatan dan membolehkan kesuburan tumbuhan hijau.

Akibat pertukaran udara panas ini, proses itu turut menggandakan lagi jumlah kadar hujan yang turun di kawasan tersebut. Manakala panel suria berwarna gelap akan dapat mengurangkan jumlah refleksi permukaan cahaya.

Ini kerana pantulan cahaya dari bumi, sedikit sebanyak meningkatkan keadaan suhu dan menyebabkan lebih banyak kadar hujan sebagai mana berlaku di kawasan Garisan Khatulistiwa dan rantau beriklim Tropika.

Berdasarkan kepada kajian terdahulu, saintis telah mendapati bahawa turbin angin dan ladang suria sebenarnya boleh membentuk satu perubahan iklim yang signifikan jika permukaan tanah adalah lebih kasar dan gelap.

“Tetapi hasil kajian yang pertama ini cuba untuk gabung peranan teknologi bagi perkembang sumber pertanian dan lihat hasil kesimpulannya,” kata pengarang utama, Yan Li, penyelidik kedoktoran falsafah di Universiti Illinois, AS.

“Kekurangan maklum balas vegetasi boleh beri kesan terhadap iklim model yang dikemukakan dan sangat berbeza daripada tingkah laku sebenar,” tambahnya yang mungkin bimbang senario buatan manusia itu tidak tahan lama.

Penyelidik terbabit bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang kenaikan suhu dari ladang suria dan turbin angin akan dapat diurus, dikawal dan dihadkan khususnya dalam kawasan geografi serta skop bidang ditetapkan.

Senario tersebut tidak seperti pelepasan bahan api fosil daripada kenderaan dan zon industri yang terus meningkat malahan berkembang di atmosfera serta meningkatkan lagi tahap pemanasan global dari masa ke semasa.

“Peningkatan kadar hujan dan kesuburan tumbuhan serta digabungkan dengan sumber tenaga bersih, berpotensi untuk bantu meningkatkan bidang pertanian, pembangunan ekonomi dan beri kesejahteraan sosial di Sahara.

“Bahkan mungkin dapat diperluaskan di seluruh timur tengah dan kawasan gurun yang berdekatan,” kata pengarang bersama, Safa Motesharrei, seorang penyelidik dari Universiti Maryland di AS. – AFP

Kategori