Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengikut GISBH Yakin Selamat...

KUALA LUMPUR: GISB Holdings (GISBH) dikenal pasti melakukan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak,...

Perkahwinan Anak Konglomerat Rusia...

PERKAHWINAN mewah pelajar jurusan kedoktoran pergigian dari Universiti Perubatan dan Pergigian Moscow dengan...

Julung Kali Sukan SEA...

LAGU 'Bangkit Bersama' nyanyian penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, bakal diguna pakai sebagai lagu...

Angkasawan Mitchell Jelajah Bulan...

Edgar Mitchell adalah salah seorang dari 12 orang yang berjaya menjelajah bulan dilaporkan...

KJ Ikrar Tidak Akan Tinggalkan UMNO

SETIA… Khairy Jamaluddin hari ini menafikan akan meninggalkan parti itu walaupun terdapat desas-desus mengaitkan beliau dengan senarai 18 nama yang dikatakan mahu berbuat demikian.

Malahan, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau sebaliknya mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal jadi pembangkang berkredibiliti walaupun dua pemimpin parti tersebut telah bertindak keluar daripada UMNO.

“Kita pun telah mengadakan perbincangan hari ini termasuk pendirian BN dan juga sesi pembentangan belanjawan akan datang. Ini kerana rakyat mahu lihat parti memainkan peranan pembangkang yang ada kredibiliti.

“Jadi kita perlu membuktikannya kepada mereka,” kata Khairy ketika ditemui pemberita semasa menghadiri mesyuarat tertutup bersama-sama dengan para pemimpin UMNO di Menara Dato’ Onn, di ibu negara hari ini.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengula tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad selain Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman secara mengejut mengisytiharkan keluar daripada UMNO semalam.


Spekulasi dalam kalangan penganalisis politik tempatan mengesyaki, tindakan drastik dua bekas menteri itu ada unsur tekanan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu dakwa pemimpin UMNO atas pelbagai skandal.

Namun ada juga cakap politik tidak tolak kemungkinan, terdapat ‘permainan tawaran wang’ digunakan kerajaan untuk ‘beli’ anggota parlimen itu sebelum mereka sertai sebarang parti komponen PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori