Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah...

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya...

Kucing Ala Misai Hitler...

LONDON - Mungkin anda pernah melihat kucing yang semacam 'bermisai' pendek ini, dan...

Tukang Gunting Ukir Wajah...

SAO VICENTE, Brazil – Seorang tukang gunting di sini mempunyai kreativiti tersendiri dalam...

Taman Rama-Rama Entopia Bakal...

BALIK PULAU - Entopia yang dahulu dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang di...

KJ Pertikai Lantik Pengerusi SPR Tanpa Perakuan Parlimen

BIDAS… Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pertikai pelantikan Azhar Azizan @Harun sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ganti Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah.

Ujarnya, pelantkan aneh tersebut sebagai jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sendiri bahawa pelantikan ahli-ahli SPR mestilah melalui proses perakuan oleh Parlimen.

Namun begitu, agak pelik apabila perkara tersebut tidak pula dilakukan dalam pelantikan Azhar yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar di Putrajaya hari ini.

“Parlimen hanya akan bersidang semula pada 15 Oktober depan. Kenapa pelantikan penting sebegini tidak boleh ditangguhkan kerajaan PH sehingga mendapat perakuan daripada Parlimen?

“Tanpa Pengerusi yang baharu pun, SPR dapat mengendalikan PRK (Pilihan Raya Kecil) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jadi jangan guna itu sebagai alasan,” katanya menerusi laman Twitter.

Justeru, Khairy turut mencadangkan supaya Azhar, 56, dapat tolak sementara pelantikan kontroversi itu sehingga mendapat perakuan Parlimen meskipun telah dapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam keghairahan kita sambut pelantikan seorang yang progresif untuk menerajui satu institusi penting, jangan kita lupa bahawa cara pelantikan itu sendiri adalah juga komitmen kerajaan baharu kepada reformasi institusi.


“Saya harap atas komitmen beliau kepada reformasi institusi, Art Harun dapat menolak sementara pelantikan ini sehingga mendapat perakuan dari Parlimen,” kata Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan.

Namun begitu mantan Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional itu tetap menyifatkan Azhar sebagai calon yang layak dan berwibawa untuk mengisi jawatan tersebut.

“Saya yakin beliau dapat mengukuhkan lagi sistem pilihan raya dan menjamin pilihan raya yang bebas dan adil untuk semua parti politik di Malaysia,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori