Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MyEG: 6 Kes Khas...

PETALING JAYA - Majikan pekerja asing yang berhadapan enam kes khas bagi memperbaharui...

“Saya Tidak Akan Tarik...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman...

Rambut Lebih Sihat Lepas...

Seorang penulis blog kecantikan di United Kingdom, Lucy Aitken Read, 32, mengakui dia...

Paul Yong Umum Bercuti,...

IPOH – Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong hari ini memaklumkan...

KKM Tak Setuju Dengan Cadangan Mufti Sabah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata ini kerana aspek fizikal dan psikologi bagi golongan tersebut belum lagi mencapai tahap matang.

“Kalau kita lihat dari sudut kesihatan, memang tidak sesuai kerana remaja tersebut akan melalui proses mengandung yang mana rahimnya tidak kuat dan dikhuatiri memudaratkan nyawa ibu dan anak ketika proses kelahiran.

“Dari segi psikologi pula, mereka akan menghadapi cabaran dan tekanan rumah tangga dalam usia mentah tersebut. Mereka masih kanak-kanak. Kamu nak harapkan seorang kanak-kanak membesarkan kanak-kanak lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan bagi Penyelidikan Klinikal (NCCR) Ke-12 bertemakan “Patient Centred Research – Digital Health” di Hotel Istana, hari ini.

Bagaimanapun katanya, KKM bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan semua perundangan berkaitan di negara ini untuk menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ogos.

Media sebelum ini melaporkan pandangan Mufti Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun, sebaliknya mencadangkan ia diturunkan kepada masing-masing 14 dan 16 bagi remaja perempuan dan lelaki.


Beliau bagaimanapun menegaskan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan mesti melalui mahkamah.

Sementara itu, NCCR itu telah mengumpulkan pakar-pakar perubatan dan penyelidik di bawah satu platform untuk membincangkan bagaimana teknologi digital dapat memberi impak kepada sistem penjagaan kesihatan Malaysia yang akhirnya berpotensi meningkatkan hasilnya kepada pesakit.

Persidangan ini turut memberikan peluang kepada pertubuhan-pertubuhan penyelidikan tempatan dan antarabangsa, farmaseutikal, bioteknologi dan peralatan perubatan tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. – BERNAMA

Kategori