Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki 55 Tahun Kekal...

SEORANG lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Sichuan, China menarik perhatian ramai...

Pencuri Kereta Terjun Sungai...

KOTA TINGGI - Empat lelaki bertindak terjun ke dalam sungai selepas kenderaan curi...

Perak Terbuka Terima Kunjungan...

IPOH - Kerajaan Perak bersikap terbuka kepada mana-mana tokoh agama yang berhasrat datang...

Guna Telefon Pintar Untuk...

KEMAMAN - Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu...

KKM: Tie Da Zhi Tong Gao Dikesan Mengandungi Racun Diphenhydramine

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai supaya tidak membeli produk tradisi Tie Da Zhi Tong Gao yang dikesan mengandungi racun Diphenhydramine.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penjual dan pengedar produk ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan serta pengedaran produk tersebut dengan serta-merta.

“Penjual diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” kata Dr Noor Hisham.

Orang ramai yang sedang menggunakan produk Tie Da Zhi Tong Gao dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.

“Pengguna dan orang awam dinasihatkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang http://npra.moh.gov.my/,” kata Dr Noor Hisham.


Dalam pada itu, beliau juga berkata, dalam usaha KKM melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai melalui pemantauan secara berterusan, mereka turut digalakkan untuk mengemukakan aduan serta menyalurkan sebarang maklumat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my.

Difahamkan bahawa produk Tie Da Zhi Tong Gao didaftarkan sebagai produk tradisional untuk kesakitan akibat lebam dan terseliuh serta sakit otot dan sakit sendi.

Diphenhydramine merupakan sejenis antihistamin untuk melegakan reaksi alahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperoleh daripada doktor atau ahli farmasi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KKM

Kategori